Tiga tahun lalu pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma. Kanser Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, sudah di tahap empat ketika itu.
Tapi siapa sangka hari ini dia makin sihat dan terus kuat melakukan aktiviti dakwahnya malah lebih giat daripada dulu.
Bercerita berdasarkan pengalamannya berdepan penyakit kanser, meski pun dugaan penyakit itu cukup besar namun ujar Ustaz Hanafi dia menerimanya dengan perasaan syukur.
“Bila saya disahkan mengidap kanser saya ucap syukur kepada Allah, saya sebut alhamdulillah. Kenapa? Kerana ia akan buat jiwa kita jadi lapang, hati akan jadi tenang.
“Kenapa tak sebut innalillah. Kalau sebut begitu ia baik, bagus. Tapi bagi orang-orang mukmin jiwa mereka redha. Orang ini bila diberi ujian mereka akan bersyukur.
“Syukurlah walaupun diberi sakit kanser, sebab ia mungkin jadi tiket kita ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kemoterapi jangan lupa untuk bersyukur.
“Lagi sakit lagi sebut alhamdulillah. Insya-Allah sakit akan disembuhkan.
Ads
“Selain syukur, kita kena bersangka baik kepada Allah. Walau Allah beri penyakit kanser, jangan tinggal solat. Walau duduk terbaring di katil, solatlah, tak kisah di mana anda berada. Solat guna isyarat mata pun boleh, baca sekadar yang mampu.
“Ini kerana perkara pertama yang dihisab adalah solat. Oleh itu jangan tinggal solat walau sakit dan lemah macam mana pun,”ujarnya dalam satu perkongsian video dalam Facebook miliknya.
Tip pemakanan untuk pesakit kanser
Dalam pada itu Ustaz Hanafi melalui satu sesi ceramah yang dihadiri dengan Dr Yasmeen Farouk Mohamed beliau berkongsi tip pemakanan untuk pesakit kanser. Antaranya seperti berikut:
Ads
Pagi kena sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik.
Minum kopi sebelum makan sebab ia bantu mengenyangkan. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tidak ada lagi. Minum kopi awal pagi, jangan minum waktu malam.
Makan buah sebelum makan. Jika makan buah selepas makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan tersumbat.
Bagi mengelak risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minum air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat menukar asid menjadi alkali.
Amalkan juga selepas makan minum satu gelas air lemon.
Ketika memasak bawang putih jangan dimasukkan dalam pengisar atau blender kerana khasiatnya akan hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya.
Nasi lemak bagus tapi pastikan ambil yang asas saja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang.
Jangan beri anak makan mi atau makanan segera ia antara penyebab kanser.
Ini pula tip tambahan daripada VK selepas mendengar perkongsian Dr Yasmeen dalam satu temuramah di TV IKIM
Cara masakan kena mudah, ikan misalnya jangan goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang, elok distim atau gril saja.
Sayur lebih elok direbus tapi jangan sampai lembik untuk kekalkan kandungan zatnya.
Kunyit muda boleh diratah, kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan.
Ikan pilih yang kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan bersaiz besar.
Ikuti juga video perkongsian Ustaz Hanafi sempena bulan kesedaran kanser November ini.
Ads
Semoga perkongsian Ustaz Hanafi ini memberi manfaat buat pesakit kanser.
Lauk sambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.
Sambal bilis ini makan dengan nasi panas macam tu saja pun memang marvellous. Lauk ini juga favorite untuk buat bekal travel atau anak masuk asrama. Jika nak hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.
Cara Buat Sambal Bilis Garing, Sambal Pekat
Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
Bahan kisar
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)
Cara membuat
1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.
2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.
3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.
4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.
5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.
Selalunya kita baca atau lihat orang menyemai pokok sayuran atau hiasan melalui tanah, tetapi kali ini caranya berbeza.
Perkongsian daripada Gan Alma Daud yang menggunakan kaedah semaian lain daripada yang lain.
Menggunakan kaedah dari uncang teh untuk menyemai pokok limau dan hasilnya tumbuh subur.
Cara semaian yang sangat mudah dan teknik ini boleh dipraktikkan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam hobi menanam pokok.
Semai Pokok Limau Guna Uncang Teh
Bahan diperlukan:
Biji limau
Uncang teh
Bekas yang disi tanah
Cara membuat:
1. Semai biji limau dalam bekas kecil yang diletak tepi sink .
2. Tutup dengan sedikit tanah (dalam sesudu).
3. Tunggu seminggu hingga dua minggu akan keluar tunas baru (dua tiga helai daun), dan alihkan pada uncang teh.
4. Tunggu lagi hingga daun limau keluar 5 helai barulah pindahkan ke bekas tanaman.
Guna uncang teh.
Info Tambahan:
– Cara ini untuk semai limau nipis atau kasturi. Tak perlu keringkan biji kerana limau kasturi senang tumbuh.
– Jika menyemai limau purut atau lemon juga senang. Caranya potong tangkai muda yang ada 5 helai daun, celup dalam penggalak akar dan semai dalam bekas tinggi.
Teringin nak tanam pokok kacang panjang, kelisa, timun, peria, petola. Masalahnya tanaman menjalar begini perlu ruang banyak.
Tapi bagi yang nak juga cuba tanam di rumah yang kawasan tak luas, boleh guna cara yang dikongsi oleh Ammu Man.
Menggunakan tong sampah dan batang paip sebagai bekas tanaman, ia digunakan untuk menanam anggur namun katanya cara ini juga sesuai untuk jenis tanaman menjalar.
Cara tanam pokok menjalar dalam tong sampah
Barang diperlukan:
Tong sampah
Batang paip putih (jenis yang selalu diguna untuk buat wiring) atau batang paip 1/2 inci( pilih yang mana rasa sesuai)
Cable tie
Dawai(beli di hardware timbang kilo (saya beli untuk pagar chain link jadi agak tebal)
Drill untuk tebuk lubang
Kenapa pilih tong sampah?
Sebab saiznya yang sesuai, harga pun murah RM13 saja, tahan lasak dan mudah pengurusan. Ada pemegang bahagian tepi, mudah nak angkut letak di mana-mana pun boleh. Jika pecah kita beli baru lapis saja.
Cara membuat
1. Tebuk lubang bawah untuk buang air lebih. Saya tebuk juga tepi untuk ikat batang PVC.
2. Ikat batang paip dengan cable tie atas dan bawah.
3. Sediakan dawai, potong dan buat bentuk bulat. Supaya dawai tak melurut, tebuk lubang batang paip ikat dengan cable tie. Siap!
4. Dah boleh letak media. Ini untuk tanam anggur biasanya saya guna Topsoil+ sekam bakar+sekam mentah+ baja organik( najis kambing dan sewaktu dengn organik. Jika nak ringan banyakkan sekam tapi medium akan cepat kering, jadi boleh tambah cocopeat sikit untuk bagi kelembapan lebih lama. Nisbah asas 2:1:1 atau ikut cita rasa.
Ini pokok anggur dan markisa yang ditanam guna kaedah ini, boleh guna untuk tanam pokok sayur jenis menjalar guna.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...