Dugaan Ketika Sujud Depan Kaabah, Dato’Seri Vida Menangis Terasa Kerdil Selepas Hilang Kawan

Share

 

 

Sejak empat hari lalu, Dato’ Seri Dr. Vida berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.

Walau pun sudah banyak kali dijemput sebagai tetamu-Nya namun tak pernah terjangka dia akan berdepan dengan pengalaman ini.

Terasa diri kerdil dia tidak dapat menahan diri dari menangis bila panik terpisah dari kawan ketika sujud.

“Saya menangis tersesat, terputus dari kawan. Konon nak sujud tengok kawan dah takde.

“Saya pinjam telefon orang Malaysia. Dia orang risau cari saya, dah lah kena tarik polis,”ujarnya dalam video yang dimuat naik melalui instagramnya.

Dalam entri yang sama usahawan kosmetik ini berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan temannya berada di depan Kaabah.

Mengambil peluang untuk sujud dan berdoa, dia meminta rakan menjaga barang dan dirinya agar tidak dilanggar jemaah lain.

Namun sewaktu sedang sujud, polis datang dan meminta rakannya beredar menyebabkan dia terpisah.

Panik ditinggal sendirian tanpa telefon, dia menangis sebelum mencari orang Malaysia untuk meminta bantuan meminjamkan telefon bimbit.

 

Menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dari-Nya, pengalaman itu juga menurut Dato’ Seri Dr. Vida cukup berharga dan ‘rare’.

Dalam ruangan komen pula, ramai pengikutnya turut bercerita tentang pengalaman serupa terpisah dari rakan dan ahli keluarga ketika berada di Masjidil Haram.

 

Sumber : datoserivida

 

Published by
VK