Dekorasi

Elak Kejadian Lantai Tiles Meletup, Ini Perkara Kena Buat

Share

Kejadian jubin atau tiles kediaman meletup antara masalah yang selalu berlaku. Jika ia terjadi ia memang memeningkan pemilik rumah kerana sudah tentu melibatkan kos untuk mengganti semula selain rumah yang akan bersepah.

Selalu dikaitkan dengan punca jubin meletup atau terangkat ini adalah kerana pemasangannya yang tidak mengikut tahap piawaian yang ditetapkan.

Pemasangan konkrit yang tidak sekata pada semua bahagian jubin terutama bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang mengembang sekaligus menyebabkan jubin meletup.

Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, cara pemasangan jubin perlulah betul terutama jika pemilik rumah ingin melakukanya secara DIY tanpa menggunakan khidmat tukang.

Tip pemasangan jubin yang dikongsi oleh Mohammad Kechiksetia boleh dijadikan panduan buat yang ingin melakukannya sendiri jika melibatkan jubin yang sedikit saja.

Tip pasang jubin untuk elak lantai meletup atau terangkat

Saja nak kongsi untuk tukang-tukang ataupun tuan rumah yang nak pasang tiles 2X2. Banyak berlaku kes tiles meletup atau terangkat. Untuk elakkan ia berlaku lagi cara pemasangan tiles ini boleh digunakan.

  1. Langkah pertama bancuh simen gam dengan susu simen dan sapu pada tiles.

2. Kemudian biar simen kering contoh dalam sehari.

3. Esoknya untuk bancuh simen gam + susu simen biasa 1 simen gam 2 beg untuk lantai.

4. Kemudian pasang tiles yang dikeringkan semalaman itu di atas lantai.

Insya-Allah tak terangkat. Dah lama ikut cara ini sejak 2010, alhamdulillah tiada kes tiles meletup dan terangkat.

Sumber: Mohammad Kechiksetia via Facebook Tukang Apa Hari Ini

 

Published by
VK