Makanan dan minuman perlulah bersih sebelum kita memasukkannya ke dalam mulut. Sesuatu yang tercemar membolehkan diri kita terdedah kepada keracunan. Ini yang selalu buat kita terlepas pandang dalam bab membersihkan sebelum diminum atau dimakan.
Susu dan produk tenusu.
Sebelum buka minuman tenusu dalam kotak, perlulah dibasuh dahulu kotak itu. Jangan terus buka dan minum. Ini kerana kita tidak tahu berapa banyak bakteria di luar kotak itu akibat dipegang oleh individu yang membelek label yang tertera pada kotak itu.
Minuman dalam tin
Satu lagi perkara yang perlu anda perhatikan adalah minuman dalam tin. Jangan minum sebelum anda membasuh bersih tin tersebut. Kita tidak tahu betapa berdebu atau kotornya tin itu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk lalu dipamer di rak jualan. Lagi-lagi kalau ada soda dalam minuman itu. Jangan hirup soda yang terkeluar saat anda membuka penutup tin yang belum dibasuh. Lebih bagus kalau anda menuangkannya terus ke dalam cawan dan minum berbanding meminumnya terus daripada tin.
Buah-buahan dan sayuran beku
Sayuran beku memang memudahkan. Tapi jangan lupa basuh dahulu sayuran anda sebelum menyimpannya dalam peti sejuk. Jangan biarkan sayur anda mengandungi bakteria.
Beras
Basuhlah beras anda empat kali bilasan sebelum mula memasaknya. Beras mengandungi habuk yang boleh membuatkan nasi yang dimasak tidak cantik dan mudah basi. Jadi bilas beras anda dengan betul supaya nasi yang dimasak lebih menyihatkan. Nak tahu macam mana beras yang sudah bersih dibasuh? Air pada beras itu kelihatan jernih.
Epal
Epal adalah antara buah yang kerap dimakan. Namun anda kena ingat buah epal perlu dibasuh dengan bersih supaya bahan kimia yang menyelaputi kulitnya bersih dan sihat untuk dimakan. Basuh buah epal dengan baking soda adalah langkah bijak.
Kobis
Kobis adalah sayur yang berlapais-lapis. Kena basuh dengan teliti supaya anda tidak termakat ulat atau cacing yang mungkin tersorok di dalam lapisan itu.