Biasa berlaku di rumah kita, ada tempat-tempat yang jadi kesukaan kucing untuk kencing atau pun membuang najis.
Kadang-kadang bukan kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah ‘port’ mereka membuang. Baunya memang busuk.
Dah cuci bersih tapi tetap juga kucing ni kencing dan buang najis di lokasi yang sama. Tension kan.
Bagi korang yang dah tak tahan dengan bau najis dan kencing boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Ella Ahmad ini. Guna bahan yang ada kat rumah saja. Senang sangat!
Bahan-bahan yang diperlukan
- 7-10 titis cuka makan
- 1/4 penutup pelembut kain
- Air paip
- Bekas spray
Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas spray dan goncang.
2. Sembur di tempat yang kucing suka kencing dan buang najis.
3. Sembur dua hari sekali, nak buat hari-hari pun boleh.
Menurut Ella lepas gunakan petua ini, porch rumahnya dah bebas dari bau najis dan air kencing kucing.
Selamat mencuba
Sumber: Ella Ahmad
Berjaya Kecilkan Peha & Turunkan 10KG Dalam Tempoh Satu Bulan Lebih Saja, Gadis Ini Kongsi Amalannya
Masalah berat badan dan peha besar memang menghantui kebanyakan wanita. Pun begitu bukanlah satu perkara mustahil untuk mengurangkannya.
Malah gadis bernbama @AnneAsyikin ini berjaya melakukannya dalam tempoh satu bulan lebih saja.
Bagi yang mahu mencuba boleh ikut cara Anne yang dikongsi di laman Twitter miliknya.
Turun 10kg dan ini cara saya
Saya berjaya hilangkan 10 kg berat badan saya dalam satu setengah bulan. Dari pertengahan Feb hingga April.
Cara diet saya
-Tak ambil nasik selama sebulan
-Tak minum air manis
– Makan banyak sayur dan minum air putih
Breakfast- bijirin & pisang
Lunch- Sayur & dada ayam
Dinner- epal hijau & air
Dari dulu nak kecilkan peha
Motivasi saya, saya selalu impikan pakai boot tinggi Steve Madden’s. Memang dari dulu saya nak kecilkan peha. So dari 80kg dan sekarang 70kg. Tapi target saya 65kg. Lagi 5kg to go.
Rutin senaman berlari
Saya juga amalkan rutin senaman. Saya install app Nike Training Club & Nike Run Club. Apps ini banyak bantu track down progres larian dan juga kalori.
3 hari sebelum konvo saya lari 10km setiap malam
Setiap pagi juga saya buat yoga ringan dan setiap malam saya berlari 5km. 3 hari sebelum hari konvokesyen saya lari 10km setiap malam. Paling jauh saya buat 21.2 km dalam tempoh 2 jam 36 minit. Itu yang pertama dan terakhir ok. Sambil tu saya dengar lagu juga.
Sekarang
Dah cantik uols
Sumber: @AnneAsyikin
Tip Tanggalkan Kesan Gam ‘3 Second’ Yang Melekat Pada Jari. Guna Kertas Pasir & Sabun
Gam Gajah, Superglue atau gam 3 Second biasa kita gunakan di rumah untuk membaiki alat yang pecah, koyak dan sebagainya.
Tapi satu masalah bila menggunakan gam yang kuat ini, ia selalu terkena pada tangan dan nak hilangkan pulak memang sukar. Basuh atau cuci berkali-kali pun tak hilang juga.
Selalu menggunakan gam 3 Second untuk bertukang, Wak Saiein berkongsi cara yang beliau praktikkan untuk menghilang kesan gam yang melekat pada jari.
Tip tanggalkan kesan gam 3 second
Menurut beliau bahan yang diperlukan cuma dua saja iaitu;
-Kertas pasir (writ 200-300)
-Sabun buku (sabun mandi atau sabun basuh).
Caranya
1.Ambil sabun buku dan gosok pada kertas pasir.
2. Kemudian gosok kertas pasir tadi pada bahagian jari yang terkena gam tadi. Jangan gunakan air.
3.Gosok sehingga kesan gam hilang kemudian barulah basuh menggunakan air.
4. Teruskan gosok dengan kertas pasir tadi jika lihat masih ada baki kesan gam pada jari.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video yang dikongsi oleh beliau.
Selamat mencuba.
Sumber: Wak Saiein
Artikel berkait: Guna Garam, Cara Tanggalkan Kesan Gam Gajah Bila Terkena Tangan
Cara Buat Air Jamu Untuk Tenaga & Awet Muda Yang Rasanya Macam Minum Di Spa
Kalau pergi ke spa, sementara menunggu atau selepas buat rawatan kita biasa dihidang dengan air jamu.
Kadang-kadang macam tiba-tiba terasa minum air jamu ini yang harum berbau rempah dan juga pudina.
Kalau rindu apa kata buat saja sendiri di rumah. Boleh dijadikan amalan kerana ada banyak khasiatnya seperti dikongsi oleh Sarifa Redzuan II
Jamu untuk tenaga & awet muda
Hari ini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan Serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala berkurang.
Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt tau. Pasti pelanggan teruja nak datang selalu minum.
Aromanya memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega…
Bahan-bahannya
Halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina
Cara membuat
1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis airnya dan masukkan 1 sudu besar madu.
4. Dah siap jamu awet muda yang mampu tambah tenaga. Cuba tau. Sedapp sangat.
Untuk sinus, mandian, stim muka pun boleh
- Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus.
- Untuk sinus air ini perlu di steam muka tu sambil menyedut aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
- Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam.
- Untuk mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir.
- Nak lagi best, rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.
Selamat mencuba!
Sumber: Sarifa Redzuan II