Elak Kucing Kencing & Buang Najis Di Kawasan Rumah, Cuma Guna 2 Bahan Pewangi Pakaian & Cuka

Share

 

Biasa berlaku di rumah kita, ada tempat-tempat yang jadi kesukaan kucing untuk kencing atau pun membuang najis.

Kadang-kadang bukan kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah ‘port’ mereka membuang. Baunya memang busuk.

Dah cuci bersih tapi tetap juga kucing ni kencing dan buang najis di lokasi yang sama. Tension kan.

Bagi korang yang dah tak tahan dengan bau najis dan kencing boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Ella Ahmad ini. Guna bahan yang ada kat rumah saja. Senang sangat!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 7-10 titis cuka makan
  • 1/4 penutup pelembut kain
  • Air paip
  • Bekas spray

Caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas spray dan goncang.

2. Sembur di tempat yang kucing suka kencing dan buang najis.

3. Sembur dua hari sekali, nak buat hari-hari pun boleh.

Menurut Ella lepas gunakan petua ini, porch rumahnya dah bebas dari bau najis dan air kencing kucing.

Selamat mencuba

Sumber: Ella Ahmad

Published by
VK