Pernah tak bila nak pergi kerja atau nak keluar kita dah siap-siap pakai baju baru perasan baju tu tiba-tiba jadi melekap pada badan.

Atau pun dah penat-penat gosok tudung tapi bila pakai tak menjadi sebab asyik melekat kesan daripada elektrik statik. Tension kan!

Biasanya itulah kali terakhir kita pakai baju atau tudung sebegini sebelum kita simpan terus dalam almari.

Kalau terjadi ini lakukan 5 tip ini untuk menghilangkan kesan elektrik statik tersebut.

1. Gesel pakaian dengan penyangkut baju jenis besi

Logam ini bertindak menyerap bahan yang menghasilkan elektrik statik itu. Atau boleh juga gosok logam pada kulit sebelum mengenakan pakaian ini terutamanya kain sutera.

IKLAN

2. Selit pin di bahagian dalam pakaian

Pin yang diperbuat dari logam ini akan menyerap elektrik statik yang terhasil dan mencegah kain dari menempel pada kulit.

Elak Pakaian Melekap Pada Badan, 5 Cara Hilangkan Elektrik Statik Pada Baju & Tudung

3. Guna spray rambut

Semburkan penyembur rambut biasa pada pakaian kemudian barulah dipakai. Jaga jarak supaya cairan tidak meninggalkan bekas pada pakaian.

IKLAN

Elak Pakaian Melekap Pada Badan, 5 Cara Hilangkan Elektrik Statik Pada Baju & Tudung

4. Sembur dengan air

Masukkan air dalam bekas penyembur lalu sembur pada bahagian kain yang melekap pada kulit.

Elak Pakaian Melekap Pada Badan, 5 Cara Hilangkan Elektrik Statik Pada Baju & Tudung

IKLAN

5. Lembapkan kulit

Sapu losyen pada bahagian badan di mana pakaian melekap pada kulit. Lembapan ini akan menghilangkan kekeringan kulit yang menyebabkan pakaian melekat.

Cara mencegah

Elektrik statik ini terhasil apabila pakaian bergesel ketika proses membasuh pakaian. Anda boleh mencegah ia terjadi dengan:

  • Masukkan cuka putih ketika proses membilas pakaian. Elak dari meletakkannya bersama dengan sabun. Cuka putih boleh melembutkan kain dan mencegahnya dari menjadi keras dan kering.
  • Masukkan kertas aluminium yang dijadikan seperti bebola ke dalam mesin cuci masa membasuh pakaian. Tapi masukkan ia sewaktu baru memulakan cucian, bukan sewaktu pengeringan.
  • Jika pakaian terkena elektrik statik selepas dikeringkan kemungkinan pakaian ini terlebih kering. Sebaiknya gunakan suhu rendah atau kurangkan waktu pengeringan.
Selain itu:  7 Teknik Lipatan KonMari Yang Wajib Diketahui Semua Wanita Agar Almari Pakaian Kita Kemas Giler !

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI