Elak Tanaman Kena Serangan Perosak, Boleh Cuba Gantung Ubat Gegat

Share

Ubat gegat selalu kita gunakan untuk elak serangga dalam rumah. Selalu kita letak dalam dalam almari, stor, kabinet, bilik air dan sebagainya.

Tapi rupanya boleh juga digunakan untuk halau serangan perosak tanaman. Cara ini dicuba oleh Azmi Amin. Ujarnya cara ini diperoleh daripada sahabat di sosial media beliau yang menyatakan kebun di negara jiran kita ada menggunakan ubat gegat untuk menghalau serangga perosak. Berikut adalah perkongsian beliau.

Boleh cuba gantung ubat gegat untuk elak serangan perosak tanaman

Telur burung ke? Bukanlah, ubat gegat. Ya ubat gegat. Ubat gegat yang letak dalam almari baju atau tandas tu ke? Ya yang itulah.

Kenapa letak dalam botol, pas tu gantung kat kebun pulak? Ceritanya macam ni, baru ni, saya ada posting artikel tentang asap bekas telur untuk halau serangga.

Ada ramai yang komen dan share, tapi ada satu komen yang mencabar paradigma saya hingga teranjak untuk saya mencubanya.

Komen sahabat FB saya katanya, ada kebun di Siam yg guna ubat gegat untuk halau serangga perosak tanaman, jadi tergerak hati dan fikiran saya untuk mengimplimentasikan nya di kebun saya.

Hakikatnya, ubat gegat itu dicipta untuk menghalau serangga di rumah, bermakna serangga di luar pun ia boleh halau juga, logik kan?

Apa-apapun, saya kena cuba dulu dan kosnya tak mahal sangat.

Cuma letak beberapa ketul ubat gegat dalam botol yang dilubangkan. Kemudian gantung berdekatan dengan tanaman.

Caranya rasanya lebih sesuai untuk tanaman berskala kecil.

Selamat mencuba.

Sumber: Azmi Amin

Published by
VK