Dalam bahasa mudah Nursemaid Elbow adalah lengan tertarik. Ia adalah sejenis kecederaan otot ligamen atau tulang pada siku apabila tangan anak ditarik dengan kuat.
Ia kerap berlaku pada anak berusia 1-4 tahun kerana tulang dan ligamen anak pada umur ini masih lembut dan dalam proses perkembangan.
Sebab itu dari dulu lagi, orang tua kita melarang menarik tangan anak kecil atau menghayun tangan mereka.
Ads
Selain itu menghayun perbuatan mengangkat anak dari tempat duduk atau ketika anak berbaring dengan menarik lengan juga boleh mengakibatkan perkara yang sama.
Begitu juga menarik tangan anak dengan kuat ketika berjalan.
Ads
Situasi ini menyebabkan beban berat badan kanak kanak pada sebelah tangan boleh akibatkan sendi siku kanak kanak terenggang atau terkehel dari kedudukan asal.
Ads
Untuk mencegah kecederaan ini
Angkat anak di bawah ketiak atau mengangkat kedua dua tangan.
Jangan hayunkan anak atau buaikan dengan mengangkat tangan
Disebabkan pandemik Covid-19 ramai yang bekerja dari rumah sehingga ke hari ini. Bila dah kerja di rumah kenalah ada home office atau ruang kerja yang selesa untuk melakukan tugas dan meletakkan barang-barang.
Selain dari perlu kerusi dan meja, penstoran barang berkaitan kerja juga penting supaya nampak kemas terutama jika ruang kerja dalam bilik.
Jika memang berhajat menyediakan home office yang tersusun boleh guna idea dari Hani Mynis ini. Menggunakan almari pakaian untuk penstoran barang berkaitan kerja termasuk printer, ruang kerja dalam bilik ini memang tersusun. Semuanya dalam almari pakaian ini, senang cari.
Ini almari pakaian yang digunakan, 3 pintu harga waktu beli RM155. Box di atas tu beli di Ikea, guna untuk simpan barang sentimental. Seorang satu box.
2. Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa…penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.
3. Bahagian atas almari. Ruang dinding almari guna sebaiknya.
4. Dokumen semua dalam fail jadi susun saja dalam almari.
5. Tambah Lennart drawer dalam almari. Para Ikea pun letak je atas laci. Para Ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hantar kilang perabot minta tolong potongkan.
6. Laci untuk segala jenis kertas letak di sini.
7. Macam mana nak guna printer, begini ya. Bila nak guna hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari, Hani parking laptop kat atas ni. Sambung USB printer. Terus print.
8. Inilah almari yang digunakan. Untuk yang ada bajet sikit macam Hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so RM155 berbaloi lah. Klik SINI jika nak beli.
9. Macam ni lah bahagian dalam almari pakaian asal yang dibeli. Kalau perasan para ada di bahagian atas. Tapi Hani letak kat bawah paras pinggang. Guna bracket L je untuk para tu. Bracket L yg besi kecil tu je. Rod atas tak guna.
Ini antara sambal kegemaran ramai, bukan orang Jawa saja suka. Sambal ini boleh jadi lauk tapi ratah pun sedap. Sebab itu kalau masak kena buat banyak terus, takut tak sempat jadi lauk semua diratah.
Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan. Sambal ini katanya boleh tahan lama hingga dua bulan jika betul cara masaknya.
Buat sendiri sambal tempe bilis & kacang
Bahan-bahan
-6 peket tempe – hiris nipis, goreng betul-betul rangup.
-2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh (jika lepas goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik)
-500g kacang tanah – cuci, tos, goreng
Bahan untuk sambal:
-2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi sedap
-3 biji bawang merah – kisar
-5 ulas bawang putih – kisar
-1 ketul gula kabung
-4 keping asam keping
-Garam secukupnya
-Minyak goreng tempe
Cara membuat
1. Tumis bahan yang dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping, sampai pecah minyak.
2. Kena masak lama sampai cili garing.
3. Bila dah garing, tutup api dan biar kejap.
4. Kemudian letak garam dan boleh masuk tempe, kacang dan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata.
5. Siap dah boleh makan. Jika nak simpan, letak dalam bekas kering.
TIP SAMBAL KEKAL RANGUP & TAHAN LAMA
Pastikan sambal betul-betul garing supaya tempe kekal rangup selepas digaul.
Sambal ini boleh tahan hingga dua bulan jika sambal betul-betul kering.
Ketika buat face verification untuk aplikasi yang memerlukan prosedur ini ramai kalangan kita yang mengambil mudah tentang pemakaian. Ada yang memakai singlet sahaja malah ada juga yang berkemban Ketika melakukannya.