Seperti pasangan selebriti lain yang punya anak yang suka berkongsi foto si kecil mereka, Elly Mazlein juga tak terkecuali. Kebelakangan ini memang banyak pula gambar Puteri Sara Sefhia yang dimuat naik.
Bagi followers instagram iamellymazlein mesti perasan tentang sesuatu yang menyerlah pada anak ini. Nampak tak gelang tangan yang dipakai Sefhia? Agak besar sebenarnya untuk dipakaikan pada anak kecil.
Mengakui itu gelang raya buat puterinya itu, Elly atau mesra dipanggil Kak Lina gembira memakaikan gelang tangan pada satu-satunya cahayamata hasil perkahwinan dengan Azmi Hatta.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina turut memuat naik status di instagram ketika membeli gelang tersebut.
Ditanya tidak timbul rasa bimbang ke memakaikan barang kemas besar begitu pada anak, Kak Lina ada jawapannya sendiri.
“Sebagai mama kita tau di mana sesuai untuk anak kita pakai barang berharga. Kalau ikutkan, sebenarnya kecelakaan boleh je berlaku di mana-mana pun. Tanpa memakai barang kemas pun boleh juga jadi hal jenayah. Tapi moga dijauhkan,” katanya.
Gelang raya katanya
Ditanya soal berapa harga gelang itu, Kak Lina lebih senang berahsia. Katanya itu hadiah untuk Sefhia kerana Kak Lina ada rezeki lebih pada hari raya baru-baru ini. Rezeki itu dikongsi untuk anaknya.
Walaupun ada yang menasihatkan supaya jangan pakaikan anak barang kemas, lebih-lebih lagi yang saiznya boleh tahan macam tu, Kak Lina mengatakan itu hak masing-masing untuk menilai.
Ads
“Doakan yang baik-baik untuk Sefhia dan juga semua anak yang memakai barang kemas,” ujarnya.
Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta, pelakon Elfira Loy dan kekasih hatinya Sufian Suhaimi makin hampir ke jenjang pelamin bila keduanya selamat melangsungkan pertunangan petang ini.
Belum menetapkan tarikh namun pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac tahun depan.
Elfira, 23 yang cantik dalam persalinan pereka terkenal Rizman Ruzaini menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki dibalas tujuh dalam majlis tersebut.
Jom tengok gambar majlis pertunangan mereka yang siap dengan pelamin macam nak bersanding uols.
Sumber www.erafm & instagram Rizman Ruzaini, Najeebazami
Kisah tentang bintang Bollywood Shah Rukh Khan memang sentiasa ada di dada akhbar. Bukan saja di India tapi perkembangannya juga turut diikuti oleh kita di sini.
Namun yang jarang kita tahu adalah tentang keluarganya terutama anak-anak mereka.
Mempunyai tiga cahaya mata bersama Gauri Khan termasuk anak bongsu yang lahir melalui kaedah ibu tumpang namun yang paling mendapat perhatian media di India adalah anak perempuannya, Suhana Khan.
Dalam diam, Suhana sudah pun remaja dan baru meraikan ulang tahunnya yang ke-17 Mei lalu. Tidak tinggal bersama keluarga, dia kini sedang menuntut di London.
Melalui foto yang dimuat naik oleh isteri aktor filem Kuch Kuch Hota Hai dalam instagram, anaknya Suhana berubah menjadi gadis menawan.
Kecantikan Suhana jelas kelihatan malah ramai yang tidak menyangka anaknya sudah pun dewasa.
Perancangan Yang Maha Esa itu sesungguhnya Maha Hebat. Dia memanggil pulang ke negara abadi seorang bernama ayah tapi pada tarikh yang sama melahirkan seorang insan yang bakal menggantikan kasih sayang yang hilang.
Tanpa disangka situasi ini dilalui Fazura yang berkongsi kisah tersebut dalam satu status sempena ucapan hari lahir buat suaminya Fattah Amin.
Hari ayah pergi, dan hari lahirnya seorang suami
14 September menurut Fazura adalah hari dia kehilangan ayahnya dan tarikh yang sama adalah hari lahir buat suaminya.
Bunyi macam sedih jalan ceritanya tapi kalau tengok video yang dihasilkan oleh Fazura buat suaminya sweet sangat. Itu belum lagi ucapan syahdu buat hubsbaby dia.
“Saya kehilangan ayah tersayang pada 14 september, 18 tahun yang lalu, dan pada tarikh yang sama tahun 1990… Allah menghadirkan seorang insan yang cukup istimewa di dunia.
Seorang yang menyinari hidup ini dengan sikapnya yang cukup memahami, menawan dan juga baik hati dan satu-satunya insan yang telah mencuri hati ini selamanya.
Kamu telah ditakdirkan hadir untuk melindungi dan menyayangi saya. Terima kasih kerana menjadi diri kamu sendiri. Saya cinta kamu sampai bila-bila. Selamat hari jadi sayang, my hubsbaby. Semoga kita bersama bahagia selamanya.”
Punyalah bersemut ucapan sampai ada yang rasa nak kahwin cepat bila baca ucapan Fazura ni.
Tapi walaupun hari ini adalah hari istimewa buat suami Fazura bagaimanapun tak dapat meraikannya bersama kerana berada di New York sempena acara minggu fesyen New York.