Elly Mazlein Pakaikan Anak Gelang Tangan Besar. Berahsia Soal Harga Tapi Tak Takut Ke?

Share

 

Seperti pasangan selebriti lain yang punya anak yang suka berkongsi foto si kecil mereka, Elly Mazlein juga tak terkecuali. Kebelakangan ini memang banyak pula gambar Puteri Sara Sefhia yang dimuat naik.

Bagi followers instagram iamellymazlein mesti perasan tentang sesuatu yang menyerlah pada anak ini. Nampak tak gelang tangan yang dipakai Sefhia? Agak besar sebenarnya untuk dipakaikan pada anak kecil.

Mengakui itu gelang raya buat puterinya itu, Elly atau mesra dipanggil Kak Lina gembira memakaikan gelang tangan pada satu-satunya cahayamata hasil perkahwinan dengan Azmi Hatta.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina turut memuat naik status di instagram ketika membeli gelang tersebut.

Ditanya tidak timbul rasa bimbang ke memakaikan barang kemas besar begitu pada anak, Kak Lina ada jawapannya sendiri.

“Sebagai mama kita tau di mana sesuai untuk anak kita pakai barang berharga. Kalau ikutkan, sebenarnya kecelakaan boleh je berlaku di mana-mana pun. Tanpa memakai barang kemas pun boleh juga jadi hal jenayah. Tapi moga dijauhkan,” katanya.

Gelang raya katanya

Ditanya soal berapa harga gelang itu, Kak Lina lebih senang berahsia. Katanya itu hadiah untuk Sefhia kerana Kak Lina ada rezeki lebih pada hari raya baru-baru ini. Rezeki itu dikongsi untuk anaknya.

Walaupun ada yang menasihatkan supaya jangan pakaikan anak barang kemas, lebih-lebih lagi yang saiznya boleh tahan macam tu, Kak Lina mengatakan itu hak masing-masing untuk menilai.

“Doakan yang baik-baik untuk Sefhia dan juga semua anak yang memakai barang kemas,” ujarnya.

Main pantai pun pakai

Menyerlah betul gelang tu

 

Sumber: iamellymazlein

 

 

 

 

 

Published by
Maryam Elyas