Pakaian yang lama tersimpan, selalunya akan mempunyai tanda kekuningan pada bahagian lipatan. Hal ini membuatkan pakaian itu nampak tidak cantik lagi untuk dipakai. Jadi, macam mana nak hilangkan kuning-kuning tersebut?

Emak-Emak Jangan Pening, Wanita Ini Kongsi Tip Hilangkan Kuning Pada Pakaian Lama Guna 3 Bahan Mudah

IKLAN

Melalui facebook, wanita yang menggunakan nama Ain Wahab berkongsi tip hebat yang boleh diamalkan. Tip ini memudahkan anda membasuh pakaian yang lama tersimpan itu kembali bersih seperti baru.

Lebih menarik, anda hanya perlukan 3 bahan yang mudah didapati iaitu baking soda, garam dan jus lemon.

Pernah tak uolls simpan baju lama-lama kat dalam lemari. Pastu bila ambik nak pakai, nampak ada kuning-kuning kat bahagian lipatan baju tu kan.

Harini kak Ain nak kongsi sikit petua/tips nak hilangkan kuning-kuning ittew dengan gunakan 3 bahan mudah dari dapur uolls je.

Bahan-bahan untuk pes pembersih:

1/2 cawan baking soda
1 sudu besar garam
1 biji lemon (diambil jusnya)

IKLAN

Emak-Emak Jangan Pening, Wanita Ini Kongsi Tip Hilangkan Kuning Pada Pakaian Lama Guna 3 Bahan Mudah

Cara-caranya:

1) Masukkan baking soda dan garam ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit jus lemon.
2) Kacaulah campuran tu manja-manja sampai jadi pes.
3) Sentalkan pes ini pada bahagian baju yang berkenaan. Bilas macam biasa.
4) Kemudian basuh macam biasa menggunakan sabun untuk lebih harum.

IKLAN

 

p/s: Pes ni pun berkesan untuk hilangkan kesan kuning deodorant yang melekat pekat kat bahagian ketiak baju tau uolls.

 

 

Sumber: Ain Wahab

Selain itu:  Peralatan Dicuri, Rugi 40k, Tapi Wanita Ini Boleh Relaks Tak Gelabah Sebaliknya Dia Buat Perkara Tak Dijangka
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI