Enam Jenis Baja Yang Boleh Kita Buat Sendiri Guna Bahan Dapur. Memang Berkesan “Gemukkan” Tanaman

Share

Bagi yang bercucuk tanam di rumah sedikit sebanyak ia memang membantu mengurangkan belanja dapur. Nak lagi jimat, baja pun kalau boleh buat saja sendiri.

Ada banyak baja yang berkesan untuk kesuburan pokok sayur yang boleh kita hasilkan sendiri. Lagi menarik baja ini menggunakan sisa dapur saja.

Nur Lidya Izzati Hisham antara yang mempraktikkan kaedah buat sendiri baja ini dan beliau juga berkongsi cara membuatnya.

6 jenis baja boleh buat sendiri guna bahan dapur

Hari ni kekya nak share 6 jenis baja yang berkesan yang boleh dibuat sendiri. Kekya dah cuba, sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau.

Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah, korang cuba buat baja ni.

1. Baja bancuhan air MSG

Pernah sekali Kekya cuba petua siram dengan air Ajinomoto. Sekali tengok daun kari keluar besar-besar daunnya. Siap ada buah kari lagi.

Sukatan untuk baja air Ajinamoto. Satu paket kecil Ajinamoto 33g kemudian campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja Ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. InsyaAllah menjadi.

Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut.

2. Baja air basuhan beras & ikan

Jangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan kemudian esok pagi atau petang boleh siram pokok. Nak peram satu hari pun boleh, tiada masalah.

3. Baja sisa dapur

Baja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari.
Esoknya siram dekat pokok. Ada orang guna kulit kentang, kulit buah dan macam-macam kulit lagi. Bahan ini direndam dan peram tapi baunya Kekya tak boleh tahan. Busuk tapi… pokok takyah citer memang gemuk!

4. Baja kulit telur

Kalau takde stok kulit bawang, Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau.

Jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah.

5. Baja dari nasi

Kadang-kadang nasi yang tak habis Kekya masukkan ke dalam botol kemudian biarkan selama 7 hari. Lepas itu tapis dan sembur dekat pokok. Memang menjadi. Pokok jadi subur. Sembur dekat pokok limau purut, limau kasturi, limau nipis dan lemon.

6. Baja dari roti expired

Kekya buat juga baja dari roti yang dah expired. Ambil roti dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil kemudian rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah.

Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya untuk buka untuk buang gas.Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.

Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.

Baja ini pernah Kekya guna untuk pokok limau purut. Memang keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut.

Semoga bermanfaat

Sumber: Nur Lidya Izzati Hisham

Published by
VK