Pada hari ini, bukan sahaja suami, malah isteri juga perlu bekerja demi mencukupkan tuntutan ekonomi rumahtangga. Jadi, isteri atau suami sama-sama merasai penat lelah mencari duit. Pun begitu, tuntutan kerja mengikut sistem syif memang lebih memenatkan. Apatah lagi jika terpaksa kerja syif malam.
Seorang lelaki yang menggunakan facebook atas nama Mohd Fhais telah menceritakan mengenai isterinya yang bekerja sebagai jururawat. Status itu viral dikongsi oleh orang ramai sehingga lebih 4,000 perkongsian yang rata-rata kagum dengan sifat suami yang begitu prihatin dengan kepenatan isteri.
Ads
Isteriku Jururawat
Jururawat waktu kerjanya ada shift pagi, petang dan malam. Kerja kena datang awal kalau tidak parking susah dapat. Selalu terkejar-kejar masa, sebab itu saya tak pernah tegur bila nampak baju kotor bertimbun, malah saya akan kata biarkan baju dalam bakul tu tak payah basuh kalau tak sempat, nanti abg bawa dobi. Tak sampai 2 jam dobi dah siap kering. Jangan buang masa nak tunggu sampai sehari suntuk nak kering kalau jemur di ampaian.
Kerja nurse ni cuti tak menentu, boleh kata isnin hingga ahad tu semua hari dah pernah merasa cuti. Bertukar-tukar hari off ikut jadual. Jadi kena tunggu jadual keluar baru boleh rancang nak ke mana-mana. Nak ke mana-mana saya akan tanya dulu isteri cuti hari apa. Tak sampai hati nak pergi bersuka ria sedangkan isteri bekerja. Tunggu cuti kita sekeluarga keluar sama-sama.
Masa tidur tak menentu
Seminggu ada kena kerja 6 hari ada 7 hari. Masa tidur tak menentu, kadang tidur siang, kadang tidur malam, ada masa tidur 4-5 jam je bila pertukaran shift petang ke pagi kerana jarak rumah ke hospital ambil masa 45 minit perjalanan, itu pun kalau tak jem.
” Ibarat sekejap jadi ayam berjaga pagi, sekejap jadi kelawar berjaga malam “
Ads
Suruh isteri rehat puas-puas
Sebab itu saya selalu suruh isteri rehatlah puas-puas, kalau ada peluang tidur tu tidurlah lama sikit. Anak-anak jangan risau abg boleh jaga. Tiada masalah setakat nak mandi anak dan tidurkan anak tu dah biasa buat.
Penat dan stress ibarat darah dan daging bagi nurse. Silih berganti, boleh nampak pada eyebag di mata yang sentiasa tembam. Ada satu malam terdengar isteri mengingau, bila di selidik rupanya terbawa-bawa rasa bersalah bila ada pesakit (bayi) jagaannya yang meninggal dunia. Sampai begitu sekali komitmen dia pada kerjayanya. Sungguh saya tak berupaya nak hilangkan semua tekanan di bahunya itu, hanya yang mampu tidak tambah lagi beban yang di tanggung. Hal remeh-remeh tu pandang sebelah mata je lah.
Saya cuba ringankan kerja isteri di rumah, tak perlu masak
Seminggu boleh di kira berapa jam sahaja isteri ada di rumah. Masa banyak habis di jalan raya dan tempat kerja. Kerja di hospital pun tak habis, tambah lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Penat tu tak terbayang. Saya cuba untuk meringankan tugasnya, tak perlu bebankan diri dengan memasak kalau penat nanti abg beli makanan. Ada masa tu rehatlah lama sikit bagi betul betul segar. Kalau badan dah segar barulah masak jadi sedap.
Kadang-kadang clash juga waktu isteri cuti saya pula kena bekerja, tinggal isteri dengan anak-anak di rumah. Bukan niat nak biar dia jaga anak seorang diri tapi terpaksa keluar bekerja. Tugas menjaga anak ni penat sebenarnya, kalau tak sabar boleh jadi baran. Sebelum keluar saya pastikan dulu keperluan fisiologi anak isteri dah tersedia, supaya kurang kebarangkalian mereka meragam. Barulah kita keluar mereka senyum, kita balik pun mereka senyum.
Ads
Toleransi dan serasi bersama
Hidup kita tak pernah lurus, ada sahaja bengkang bengkoknya.
Apatah lagi pasangan suami isteri, mesti ada yang tak puas hati.
Puaskan hati pasangan kita terlebih dahulu, baru hati kita sentiasa puas.
Itulah kenapa pentingnya ada sikap TOLENRASI antara suami isteri supaya sentiasa SERASI bersama.
Semoga rakan-rakan suami jururawat dapat manfaat dari perkongsian ini.
P/s : Hadiah paling bermakna yang saya pernah bagi pada isteri ialah panduan jadi isteri/ibu yang tenang & tenteram. Ini panduannya -> http://bit.ly/FMKEIA
Tabik la dengan abang ni. Begitu memahami kepenatan seorang isteri. Berapa ramai lagi agaknya lelaki di luar sana yang boleh faham seorang wanita? Ermmmm
Kalau lalu depan kedai Daiso di shopping mall selalunya orang perempuan akan singgah. Kalau dah masuk tu macam-macamlah yang dibeli. Kadang-kadang tak guna pun tapi sebab cantik dan murah kita beli! Gitulah perempuan kan…
Tapi daripada beli barang-barang ntah apa-apa. lebih baik kita beli barang yang disenaraikan dalam perkongsian daripada Amirah Anuar ini. Memang praktikal dan berguna di rumah, murah pulak tu. Ada yang kita tak tahu barang ini wujud!
Barang berguna yang boleh kita beli di Daiso pada harga RM RM5.57
1. Cat repellent (Penghalau kucing)
Ini bukan racun! Kucing berak merata-rata elok la beli ni utk kesejahteraan bau bauan
2. Pembeku minyak masak
Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar
3. Pengasing sampah di sinki
Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.
4. Konjac puff untuk cuci muka ala spa
Nak cuci muka ala-ala dekat spa bleh la guna konjac puff ni. Kalau tgk benda alah ni dlm plastik mcm batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.
5.Magic sponge, bersih kasut anak
Tgk magic sponge ni mcm tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja utk kasut. Untuk lantai/dinding yg meninggalkan kesan degil sgt berkesan. Watermark pon berkesan.
6. Sabun mesin basuh
Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sblh dalam-dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dkt daiso. Boleh tgk yg ni dan 1 lagi tu.
7. Agen pembersih paip berkeladak
Nak bersihkn dlm-dlm paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak lemak keladak-2 dalam paip tu.
8. Penyangkut baju space limited
Bukan penyangkut baju biasa² ye. Yang mmg limited space elok sangat pakai ni. Nak lagi yang buat concept open wardrobe. Sangat-sangat membantu dengan limited space yang ada.
Silakan share kalau rasa barang-barang ni bermanfaat untuk semua!
Foto anak kecil ini mencium batu nisan kubur ayahnya tular di Twitter beberapa hari lalu. Lebih menyentuh hati bila mengetahui kisah sebenar anak bernama Adlina ini.
Dimuat naik oleh ibu saudaranya Anne Mokhtar rupanya si kecil yang berusia tiga tahun ini tidak sempat merasai kasih sayang seorang bapa.
“Anda yang masih ada ibu bapa tolonglah hargai. saya tak dapat mengawal air mata ini dari menitis bila melihat gambar anak saudara saya mencium batu nesan di kubur ayahnya.
Dia kecil-kecil lagi dah tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau aku di tempat dia, sumpah susah nak terima.”
Demikian titipnya dalam posting di Twitter baru-baru ini yang kemudian tanpa disangka tular dan menerima lebih 17k Retweets.
Namun begitu kata Anne lagi anak saudaranya seorang yang kuat dan bijak. Walau tidak diungkap tapi dia tahu Adlina amat merindui ayahnya kerana mereka berdua cukup rapat dan Adlina merupakan satu-satu anak yang ada.
“Dia nak cium ayah dia, dah tak dapat. Batu tu jer dia dapat cium. Aku harap sampai ke akhir hayat Adlina sentiasa ingatkan ayah dia dan selalu menziarah. Amin,” tulisnya.
Tambah Anne lagi, abangnya meninggalnya dunia akibat kemalangan ketika menuju ke bengkel miliknya untuk menyambung kerja pada waktu malam. Dia meninggal di tempat kejadian.
Status dimuat naik Anne ini juga juga mendapat banyak komen yang bersimpati atas kehilangan ayah Adlina selain mendoakan kebaikan anak ini. Malah ramai juga yang mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mereka sendiri yang kehilangan ayah pada usia kecil.
Sejak kelahiran Siti Aafiyah, cahaya mata Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K ramai sungguh yang datang melawat.
Tidak ketinggalan adalah KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Namun ziarah yang paling manis bila baru-baru ini Siti menerima kunjungan dari bekas isteri Datuk K sendiri iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham.
Foto ketika berada di rumah penyanyi nombor satu itu turut dimuat naik oleh keduanya dalam laman instagram masing-masing.
“Melawat puteri Siti Aafiyah. Terima kasih atas layanan baik Datuk Seri Siti dan Datuk Seri Khalid. Moga puteri kecil ini memenuhi hati kamu dengan limpahan kebahagiaan,Tulis Tengku Zawiyah dalam entri di instagramnya.
“Alhamdullillah.. My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb,” demikian balas Siti.
Melihat ukhuwah yang terjalin indah antara mereka, netizen sendiri turun merasa kagum malah terharu.
Sejuk hati
Wanita kuat & berhati mulia
Indahnya suasana…
Meskipun sudah berpisah dan Tengku Zawyah sendiri telah pun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rayyan Joseph King, jalinan silaturrahim dua keluarga ini tidak putus. Malah masing-masing dilihat saling bertemu pada majlis-majlis keluarga.