Travel

Fara Fauzana Bercuti Style Backpackers Ke India, Ada Trik Untuk Angkut 1 Rumah Dalam 1 Beg

Share

Menyelongkar instagram Fara Fauzana (Fafau) bercuti ke India baru-baru ini ada yang menggelikan hati dan juga menggerunkan. Fafau pada mulanya risau sebab tak pandai nak bercuti style backbackers. Dia sendiri gelarkan dirinya minah troli kerana terbiasa bercuti dengan barang-barang yang banyak dibawa.

Gunakan kod promo ini untuk harga penginapan yang istimewa.

Tak tidur semalaman fikir barang-barang

Jujur FF salute la korang yg sejenis backpackers ni. Saya tak tido semalaman memikirkan mcmana nak masukkan semua tu (ada byk lagi belakang camera hahaha) dalam 1 bag

Pening nak susun barang dalam beg

Duduk cangkung baring duduk balik last2 nangis and kena call 997 utk bercakap dengan penyelamat @mazlyn dtg ke rumah utk masukkan semua barang2 tu. Siap msg @kupu_kupu sbb dia sumber inspirasi nak naik train kat india hahahaha sambil2 u doa Keisha menang kat korea u doakan i berjaya bawak bag dan diri yg sedia berat ni kat india

Ada Cara Nak Angkut Semua Barang Dalam Beg

Ha, nampak tak macam mana nak angkut barang yang perlu dalam 1 beg sandang belakang yang ruangnya terhad. Sila gulung pakaian anda.

Ok saya dah buang byk barang termasuk 1 kasut (alaaa takkan nak pakai 1 kasut je??)
.
Nota : yea .. saya minah trolley ? sila la tag kawan2 korang yg suka guna backpack .. korang hebat wei! Ada teknik rupanya nak packing back kecik yg muat satu rumah .. Itu pun ada “ruang” lagi bak kata Mazlin? Apoooo
.
Notalagi : bag semua ikhsan kawan2 hhaha ?❤️

Jom kita tengok gambar percutian Fafau

OK. Bab ni VK tabik. Gayat okay!

Boleh intai instagram Fara Fauzana untuk tonton video di tepi tebing tinggi tu. VK tak sanggup nak tengok banyak kali. Gayat.

 

Sumber: Ig Fara Fauzana

Published by
Maryam Elyas