Walau tinggal nun jauh di Birmingham United Kingdom tapi anak kecil bernama Fatimah aka Timoh cukup popular kalangan rakyat Malaysia. Semuanya gara-gara kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan. Lagi meriah bila adiknya Ali turut mengikut kepetahan kakaknya.
Terbaru melalui perkongsian di instagram Fatimah, 4 tahun sudahpun mula bersekolah rendah. Tapi apa yang menarik adalah reaksi adik Fatimah iaitu Ali yang begitu sedih bila terpaksa berpisah dengan Fatimah sekali pun hanya beberapa jam.
Lebih menyentuh hati bila melihat cara Fatimah mententeramkan adiknya Ali. Korang tengoklah video ini. Menurut ibunya dia sudah dapat menjangka perkara ini akan berlaku memandangkan keduanya cukup rapat ibarat kembar.
“Momen ini memang menyentuh hati. Ia berlaku sebelum Fatimah ke sekolah semalam. Seperti dijangka, ali mula menangis. Kami semua tahu waktu ini akan tiba kerana mereka berdua cukup rapat macam anak kembar yang mustahil untuk dipisahkan.
Kami tersentuh hati melihat kematangan Fatimah menenangkan Ali. Dia habiskan masa lebih setengah jam untuk memujuk adiknya sambil dia juga cuba menahan air mata. Dia memang kakak yang baik. Moga Ali dapat cepat menyesuaikan diri dengan perubahan ini,”ujar ibunya.
Melihat aksi dua beradik ini meski hati sebak tapi keakraban sebeginilah yang seharusnya diterapkan kalangan anak-anak. Saling menyayangi antara satu sama lain.