Aktor popular, Fattah Amin sah bergelar suami kepada aktres Nur Fazura dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan sekitar jam 9.50 malam yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.
Meski pun majlis pernikahan diadakan secara rahsia dihadiri hanya keluarga terdekat dan rakan pasangan, namun berita tersebut disambut dengan rasa syukur oleh peminat kerana keduanya akhirnya disatukan.
Penglibatan pasangan ini dalam drama Hero Seorang Cinderella, dikatakan menjadi titik tolak perhubungan mereka yang kemudian dilihat semakin rapat sewaktu menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.
Dan sekitar Jun lalu, media sudah mula mengesan bibit percintaan antara keduanya. Malah Fattah ketika itu juga mengakui dia sedang mengenali hati budi Fazura dan sudahpun bertemu keluarga pelakon wanita itu.
Ads
Dalam diam rancang hari bahagia
Beberapa bulan berlalu rupanya, Fattah dan Fazura dalam diam merancang hari bahagia mereka.
Menguatkan desas desus perhubungan mereka bila keduanya mengambil keputusan pergi menunaikan umrah berdua diiringi keluarga.
Pemergian tersebut tidak dapat dinafikan meninggalkan peminat seni tanah air dengan penuh persoalan tentang hubungan mereka ketika itu.
Ads
Bagaimanapun semuanya terjawab bila sebaik pulang dari Tanah Suci Fattah dan Fazura membuat sidang akhbar menjelaskan tentang perhubungan mereka. Keduanya mengakui sudahpun bertunang pada 13 November lalu dua hari sebelum berangkat menunaikan umrah.
Dalam sidang media yang sama pada 23 November itu juga kedua pelakon ini membuat pengumuman bakal bernikah dalam masa terdekat namun majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup.
Ads
Menjangka pasangan ini akan bernikah penghujung tahun, rupanya semalam tiga hari selepas kepulangan dari tanah suci Makkah mereka selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup.
Fattah, 27 tahun dan Fazura 34, tahun menoktahkan hubungan cinta mereka dengan lafaz ijab kabul sekaligus bergelar suami isteri.
Beza usia tujuh tahun antara mereka tidak menghalang untuk keduanya disatukan atas nama cinta. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah.
Jarang sekali kita dengar seorang cikgu perempuan bertemu jodoh dengan anak muridnya. Namun ia benar-benar berlaku di Pulau Pinang. Guru yang dikenali sebagai Aisyah itu berkahwin dengan anak muridnya yang bernama Hazim.
Detik pra perkahwinan mereka telah dirakam oleh jurugambar Rafi Rahman. Gambar ini telah menjadi tular apabila pengantin meminta penggambaran dibuat di sekolah tempat pasangan ini bertemu buat kali pertama.
Ia menjadi gambar perkahwinan yang luar biasa kerana Aisyah memakai pakaian seperti seorang guru manakala Hazim memakai uniform sekolah. Mereka bertemu di High School Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Malah Rafi juga mengakui, inilah kali pertama dia merakamkan gambar perkahwinan antara seorang anak murid lelaki dengan guru perempuan. Kebiasaan yang berlaku ialah guru lelaki berkahwin dengan anak murid perempuan.
Jodoh Allah tentukan..first time shoot cikgu kawin dengan murid..kalau cikgu laki tu biasa tapi ni luar biasa cikgu pmpuan..depa mintak shoot kat sekolah kita layan kan ajaa..sampai beg camera tetinggai dalam lab physics lahhh www.instagram.com/byrafirahman
Selepas 37 hari menjalani tempoh berpantang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mendedahkan penurunan berat badannya.
Tinggal lagi seminggu sebelum menamatkan pantang, melalui entri terbaru di instagram Siti berkongsi dia sudahpun berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17.5 kg secara keseluruhannya.
Meskipun penurunan agak banyak namun isteri kepada Datuk Khalid Jiwa menyasarkan mahu menurunkan lebih banyak lagi.
“Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg. Banyak lagi kena turun ni,”tulis Siti dalam posting terbaru di instagram @CTDK.
Dalam pada itu Siti turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau membuat pemeriksaan selepas bersalin hari ini yang menunjuk penampilannya yang lebih langsing berbanding sebelum ini.
Beliau yang turut membawa anaknya Siti Aafiyah kelihatan ayu dengan kaca mata walaupun hanya berkemeja tanpa solekan mampan.
Rahsia berat badan cepat turun
Terdahulu Siti berkongsi bahawa antara faktor yang menyebabkan berat badannya cepat turun adalah kerana penyusuan ibu yang dilakukan.
Selain itu selama tempoh berpantang Siti juga mengambil khidmat pakej berpantang bertaraf lima bintang dari Natalis Mother Care.
Pakej ini bukan saja merangkumi berurut, bertungku tapi juga menawarkan hidangan berpantang. Selain itu dua pekerja disediakan untuk menjaga Siti dan bayi pada waktu malam.
Terbaiklah pakej pantang Siti ni, memang patut pun boleh kurus!
Seakan jadi trend artis sekarang untuk membuka akaun instagram anak-anak yang baru dilahirkan.
Selepas Siti Aafiyah, anak Datuk Seri Siti terbaru anak Sariyanti dan Jep pula mempunyai akaun instagram sendiri atas namanya Dariya Inara.
Perkara itu dikongsi oleh Sariyanti dalam satu entri di instagramnya. Dalam posting tersebut Sariyanti yang baru melahirkan bayi perempuannya 25 April lalu turut berkongsi perasaannya terhadap kelahiran zuriat yang ditunggu sejak setahun lalu.
Rupanya Sariyanti bersalin awal dari tarikh jangkaan. Beliau dijangka melahirkan pada awal Ramadan namun bersalin ketika usia kandungan 37 minggu.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...