Fattah & Fazura Kongsi Video Majlis Pernikahan Di Instagram. Confirm Tengok Sambil Senyum!

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Bertempat di Hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur kelmarin, pelakon terkenal Fattah Amin dan juga Fazura telah selamat bergelar suami isteri.

Meski majlis diadakan secara tertutup hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat namun keduanya berkongsi video pernikahan dalam akaun instagram masing-masing.

“Gembira berkongsi dengan anda semua majlis pernikahan kami. Terima kasih atas segala doa dan kasih sayang anda.”

Demikian kapsyen yang ditulis dalam tiga entri terbaru Fattah dan juga Fazura yang turut memuat naik tiga video pernikahan mereka.

Dimuat naik malam semalam, video-video ini telah mendapat setengah juta tontonan.

Apa yang pasti korang akan menonton video ini sambil tersenyum sebab sweet sangat terutama bab Fattah dan Fazura saling berpandangan tu.

Jom layan tiga video ni.

Part 1

Part 2

Part 3

Sumber : Instagram @Fattahaminz

 

 

Published by
VK