
Isi Kandungan
ToggleSetiap kali bercuti, foto keluarga ini pasti jadi tumpuan.
Dan menjadi kebiasaan bagi selebriti Rozita Che Wan untuk mengambil khidmat jurufoto bagi merakamkan aksi-aksi mereka selama di sana.
Kali ini sempena hari jadi Aaisyah Dhia Rana yang ke-3, mereka sekeluarga terbang ke Perancis untuk bercuti di sana.
Jom kita layan gambar-gambar percutian mereka yang cantik-cantik belaka. Untungnya jadi Aaisyah…
Tema kuning ya
Syoknya Aaisyah pergi Disneyland Paris
Sempat juga ke Dior Exhibition, Muse du Lourve Paris
Jalan-jalan di Paris
Sumber: instagram rozitachewan1
Rutin Penjagaan Kulit Wanita Korea Ini Mampu Buat Wajah Nampak 10 Tahun Lebih Muda

Isi Kandungan
Toggle
Menjaga kulit wajah nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting. Kulit wajah yang terjaga rapi selalunya boleh memberikan kesan lebih muda. Wow sangat ni kan? Nah, VK kongsikan tip nak nampak muda 10 tahun berbanding usia sebenar hanya dengan menjaga kulit wajah cara orang Korea.
1. Bersihkan kulit muka guna minyak
Membersihkan kulit muka adalah rutin paling penting. Selain menggunakan sabun pembersih, orang Korea suka bersihkan kulit menggunakan minyak. Gunakan kapas atau span. Manfaat bersihkan kulit dengan minyak adalah bukan hanya menanggalkan solekan tapi turut menanggalkan sebum dan kulit mati.
2. Pembersihan berasaskan air
Selepas bersihkan kulit muka dengan minyak, barulah bersihkan dengan air bersih.
3. Rutin pengelupasan dan buang sel kulit mati
Sel kulit mati pada wajah akan menyebabkan adanya tompok hitam. Hal ini meninggalkan cela pada wajah. Salah satu rutin penting penjagaan kulit wajah orang Korea adalah membersihkan sel kulit mati ini. Namun anda perlu ingat jangan lakukan rutin pengelupasn setiap hari kerana boleh membuatkan kulit terlalu tegang. Cukuplah seminggu sekali supaya kulit lebih mudah bernafas.
4. Jangan lupa toner
Selalu kita skip rutin menyapu toner pada kulit. Kita anggap ianya tidak penting. Selepas melakukan pembersihan dan juga pengelupasan, kulit selalunya agak lemah dan perlukan lebih lembapan. Toner yang disapukan pada wajah lepas rutin membersih dan mengelupas akan mudah diserap. Jadi rajin-rajinlah berikan toner pada kulit wajah selepas rutin membersih.
5. Essence and serum
Oleskan essence (pati) dengan cara menepuk kulit muka. Wanita Korea juga menggunakan serum untuk memberikan manfaat berganda pada kulit. Lebih-lebih lagi serum yang menggunakan bahan semula jadi.
6. Emulsi
Orang Korea juga mementingkan emulsi untuk meningkatkan manfaat daripada penggunaan essence dan serum. Emulsi daripada akar ginseng dimanfaatkan sepenuhnya kerana dipercayai boleh menampakkan kulit lebih muda. Sama seperti manfaat kolagen.
7. Pakai masker seminggu sekali
Masker dipakai pada kulit memberikan kesan kulit lebih anjal dan mengecilkan liang pori. Gunakan masker ikut apa impian yang anda hendak capai. Misalnya kalau mahukan kulit nampak glowing, gunakan masker vitamin C. Trend di Korea, mereka gunakan masker susu keldai untuk mendapatkan kesan kulit lebih cerah.
8. Krim mata
Krim ini disapukan pada kulit nipis di sekitar mata. Syaratnya jangan tekan kuat sangat sebab kulit ini nipis. Sapukan perlahan-lahan. Menyapu krim mata boleh membantu hilangkan lingkaran hitam. Barulah nampak segar dan lebih muda.
9. Krim muka
Krim muka di pasaran ada macam-macam manfaat. Orang Korea mengguanakan krim muka daripada kuning telur untuk kesan anjal, krim muka dengan lendir siput untuk mengurangkan kedutan. Jadi anda boleh pilih mana-mana krim muka untuk manfaat yang anda suka.
10. Pelindungan dari sinar matahari
Cahaya matahari boleh merangsang penuaan kulit. Penggunaan krim pelindung matahari boleh bantu kulit tidak terjejas dengan sinaran ini. Gunakan krim pelindung sebelum keluar rumah.
Bonda Rozita Akui Sukar Cari Tukang Urut Mahir, Sampai Ke Kampung-Kampung Pergi Survey

Isi Kandungan
Toggle
Apabila kita ingin mendapatkan khidmat urut, sudah pasti perkara paling utama ialah kemahiran yang dimiliki. Sebab itulah, jutawan kosmetik, Bonda Rozita Ibrahim sanggup pergi mencari walau di mana sahaja mereka berada.
Beliau sendiri mengakui bukan mudah nak dapat seorang tukang urut yang mahir dengan ilmu yang ALLAH berikan. Menurut Bonda Rozita, tempoh tujuh bulan pun belum tentu dia dapat menemui tukang urut yang menepati cita rasanya.
Melalui instagram, beliau memberitahu bahawa jika ada yang mengenali tukang urut mahir, beliau sendiri akan menemui tukang urut itu untuk mencuba khidmat urut yang ditawarkan. Begitulah betapa terperincinya pemilihan tukang urut mahir bagi Bonda Rozita.
Saya akan test sendiri urutannya
Cari tukang urut yg mahir sgt susah.. 7 bulan blm tentu sy dpt sorg.. Merata2 tanya dan kalau dh jumpa sy akan dtg test sendiri urutannya. Selalunya mereka masuk ke kwasan pendalaman survey dr org2 setempat di kampung bertanyakan kebolehan pd penduduk setempat..
Kenal pasti tukang urut mahir
Sy pernah buat semasa arwah ayah sy sakit saraf dn tulang belakang ..Apa yg saya buat di rumah hutan merupakan kemahiran yang ada pada saya mengenalpasti tukang urut yang bagus untuk memudahkan orang yang ingin berikhtiar dengan cara berbagai teknik urutan dlm aura 6 sendi
Mahir mengurut ialah anugerah ALLAH
Tukang urut sy dapat mengenal urat2 yg menyelit dn saraf2 tenggelam utk dibetulkan..Ilmu Allah beri pd mereka sgt unik dn susah nk belajar..(belum tentu pandai..gifted dr Allah)..Slip disk..peranak keluar boleh masik balik..Susah gerak dn macam2 kebolehan yg ada diantara mereka..
VK setuju. Memang susah nak dapat khidmat tukang urut mahir ni. Memang ada yang belajar teknik mengurut. Tapi kalau dapat tukang urut yang memang pandai mengurut atas anugerah ALLAH ni memang amat bertuah. Senang cakap, tukang urut macam ni, dia sentuh-sentuh je tempat yang bermasalah tu, boleh sembuh.
Sumber: Bonda Rozita Ibrahim
Top 5 Baju Raya Paling Mahal Di Malaysia. Harga Lebih RM4 Ribu Ok!!

Kita sangka beli baju RM200 dah mahal tapi di sini harganya mak aiii… mencecah ribuan ringgit. Kenapa mahal? Sudah tentulah kerana ia hasil rekaan designer.
Walau kita nampak ia sekadar baju kurung moden namun yang mahalnya ada idea rekaan pereka terkenal selain material yang digunakan. Terpulang pada anda sama ada sanggup atau tidak menghabiskan wang ribuan ringgit untuk sehelai baju raya.
Tepuk dada tanya selera, apa pun jom kita tengok top 5 harga baju raya paling mahal ini.
1. Rico Rinaldi (RM1,908 – RM4,028)
Ibu dan ayah beliau adalah warga Indonesia yang menetap dan menjadi penduduk tetap Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Beliau sebenarnya agak terkenal di kalangan pereka fesyen kerana sering memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.
Harga baju kurung moden rekaan beliau yang dijual di Zalora bermula dari RM1,908 – RM4,028.
2. Sapto Djojokartiko (RM550 – RM2,205)
Sapto Djojokartiko, seorang pereka fesyen terkemuka dari Indonesia yang sering menjadi tumpuan penggemar fesyen tempatan dan antarabangsa.
Harga baju kurung moden rekaan beliau yang dijual di Fashion Vallet bermula dari RM550 –RM2,205.
3. Rizalman (RM1,589 – RM409)
Nama Rizalman mungkin biasa didengar berbanding dua pereka fesyen tadi. Walaupun pereka fesyen selebriti terkenal ini masih muda, namun baru-baru ini beliau telah dikurniakan gelaran Datuk bersempena dengan hari keputeraan Sultan Pahang.
Harga baju kurung moden serta kebaya rekaan beliau yang dijual di Zalora bermula dari RM409– RM1,589.
4. Rizman Ruzaini (RM599 – RM1,199)
Masih ingat busana KLCC yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal? Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil merupakan perekanya. Berapa pula harga koleksi rekaan mereka?
Harga baju kurung moden rekaan mereka yang dijual di Fashion Vallet bermula dari RM599 – RM1,199.
5. Jovian Mandagie (RM400- RM600)
Jovian Mandagie bukanlah nama asing di kalangan penggemar fesyen di Malaysia. Beliau adalah salah satu daripada nama-nama besar dalam industri fesyen tempatan.
Dalam senarai top 5 ini, baju rekaan beliau berada di nombor 5 kerana harga yang ditawarkan di Zalora bermula dari RM400 – RM600. Kita sangka selama ini, dialah yang paling mahal kan.
So macam mana, ada yang berkenan. Cantik memang cantik tapi jangan sampai bergolok bergadai semata-mata nak nampak cantik di hari raya.
Sumber: majalahlabur