Foto Sekitar Majlis Khatam Quran Laudya Cynthia Bella, Cantiknya Dia…

Share

Sebelum ini peminat seni di Malaysia dan Indonesia kecoh dengan berita hubungan cinta Engku Emran dan juga pelakon cantik manis Laudya Cynthia Bella.

Meski kedengaran khabar angin mereka bakal bersatu bulan September ini tapi tiada kenyataan daripada kedua belah pihak.

Namun semalam gambar yang dimuat naik oleh Bella dalam instagram miliknya mungkin menandakan hari bahagia pasangan ini semakin dekat.

Bella memuat naik foto yang disebut ‘majlis pengajian’ atau kalau di Malaysia disebut majlis khatam Quran yang selalu dilakukan oleh bakal pengantin perempuan.

Menguatkan kepercayaan ini bila Bella turut menulis kapsyen yang penuh makna.

One step closer to the happiness

“One step closer to the happiness,” demikian kata-kata yang ditulis Bella. Dia pun juga mengungkap rasa syukur atas takdir Allah buat dirinya..

Ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur

“Ini Part of the best moment in my life, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan “takdir”. Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah,” katanya lagi.

InsyaAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir

“Semua rasa datang dari Allah. dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis di sini. InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir. YaAllah tolong jaga keluagaku. Amieennn…ea sayang kalian,” tulis Bella dalam satu lagi hantaran berserta gambar bersama orang tuanya.

Sumber Instagram Laudya Cynthia Bella

 

Published by
VK