Gaya Hijab Ramadan Fazura, Ringkas Tapi Manis Sangat. ‘Moga Istiqamah’ Doa Dari Netizen

Share

 

 

 

Seperti bulan Ramadan tahun-tahun sebelum, sekali lagi Fazura mengenakan hijab pada bulan puasa kali ini.

Bukan gimik melariskan koleksinya Fazbulous yang menampilkan pakaian untuk wanita berhijab sebaliknya sudah jadi rutin artis ini setiap kali datangnya bulan Ramadan.

Tak dinafikan isteri Fattah Amin ini cukup cantik dengan imej berhijab, sampai tak puas mata memandang.

Menariknya jika diperhatikan fesyen tudung pilihan Fazura memang sempoi, lebih kepada skaf atau pun bawal tanpa corak yang diikat kemas pada leher. Pilihan yang sama seperti tahun sebelumnya.

Dalam laman instagram miliknya Fazura juga sudah berkongsi beberapa keping gambar penampilan berhijab dan ia bukan sekadar untuk berfoto tapi  turut dikenakan Fazura ketika menghadiri majlis.

Rata-rata peminat memuji kecantikan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini dalam usaha menutup aurat. Malah ramai juga yang mendoakan agar Fazura terus bertudung litup hingga bila-bila.

Jomlah tengok gaya hijab Fazura tahun ini, memang manis sangat!

Sempoi ja

Tetap berhijab di Singapura

Cantiknya isteri Fattah ni

Gaya hari pertama Ramadan

Sweet couple

Ketika pelancaran koleksi terbaru Fazbulous

Gaya tahun lalu

Sama-sama kita doakan supaya Fazura juga mengikut jejak artis wanita lain yang bertudung.

 

Sumber: missfazura

 

 

 

 

 

 

Published by
VK