
Bila ada anak kecil di rumah, tilam tempat tidur boleh jadi lokasi mereka bermain dan juga makan hingga menyebabkan permukaannya kotor.
Keadaan boleh menyebabkan ibu stres sebab nak mencuci tilam bukan mudah. Lagi satu dah cuci kena angkat dan jemur pula. Memang leceh.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh digunakan untuk membersihkan tilam yang kotor ini. Tak perlu susah-susah angkat dan jemur pun. Caranya hanya bersihkan menggunakan tudung periuk. Berikut adalah caranya.
Teknik bersih tilam kotor guna tudung periuk
1. Sediakan satu bekas besar.
2. Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.
3. Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.
4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.
5. Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.
6. Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.
7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.
8. Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.
Sumber: Learn To Cook
Cara Masak Biji Sagu Supaya Hasilnya Jernih Macam Kristal & Tak Bergumpal. Barulah Cantik Nak Buat Sagu Gula Melaka

Isi Kandungan
Toggle
Sagu gula Melaka antara pencuci mulut yang yang sedap terutama lepas makan tengah hari. Lega tekak, terutama kalau dapat yang sejuk.
Tapi bila cuba buat sendiri hidangan ini mesti kejadian biji sagu tak berapa cantik. Selalu ada biji putih, tak dapat yang jernih. Lepas tu bergumpal pula.
Sebenarnya nak masak sagu ada tekniknya. Barulah dapat hasil sagu yang jernih, cantik dan tak bergumpal. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nur Aqilah Jufri.
Cara masak biji sagu supaya jernih putih macam kristal
1. Rebus air dalam periuk, pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak sagu hancur dan hilang.
2. Jangan basuh sagu supaya sagu tak hancur bila dimasak.
3. Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
4. Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat. Hasilnya sagu jernih macam kristal.
Cara buat sagu gula Melaka
Bahan-bahan:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (boleh pakai santan atau susu segar cuma rasa lain-lain)
2 sudu gula merah
1 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan (jika suka)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (jika suka)
Cara membuat:
- Ambil sagu yang sudah dimasak tadi. Letakkan pewarna dan biar selama 20 minit.
- Selepas itu cuci dengan cara lalukan sekali lagi bawah air paip mengalir supaya susu nanti tidak berwarna.
- Untuk kuahnya masukkan susu cair, air (sukat guna tin cair), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. Biarkan masak seketika.
- Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Aqilah Jufri.
Peniaga Makanan Laut Kongsi Tip Pilih Ikan Pari Segar & Punca Ikan Berbau Hancing

Isi Kandungan
ToggleIkan pari antara lauk yang sedap dibuat asam pedas dan juga bakar, tapi bila nak masak sendiri ramai yang ragu-ragu waktu nak beli ikan ini. Takut salah pilih dapat yang bau busuk hancing, memang spoil. Rugi lagi satu.
Dikongsi oleh peniaga makanan laut, Asmah Chem berikut adalah cara untuk memilih ikan pari yang segar dan tak berbau hancing. Tapi sebelum itu baca penjelasan beliau kenapa ikan pari ini berbau hancing.
Kenapa ada ikan pari bau hancing?
Orang Melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.
Sebenarnya ia adalah mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid.
Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar. Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.
Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.
Punca hancing sebab tak segar
Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.
Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.
Tip pilih pari segar
1. Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman.
2. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.
3. Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.
Semoga bermanfaat
Pengalaman Terperangkap 40 Hari Ketika ‘Lockdown’ Di China. Ini SOP Yang Dijalani!

Isi Kandungan
Toggle
Meski virus Covic 19 bermula di China Januari lalu namun hasil daripada penguatkuasaan perintah berkurung yang dilakukan dilihat sangat membantu membendung wabak itu yang awalnya sangat kritikal di sana.
Ketika ini kes baru untuk wabak Covic 19 di China sudahpun berkurang dengan banyak sekali yang tidak lain juga kerana disiplin dan kerjasama rakyatnya yang tidak mahu wabak ini menghancurkan negaranya.
Juwita Jalil berkongsi pengalaman insan yang mengalami situasi ini untuk kita jadikan iktibar.
Pengalaman 40 hari ‘lockdown’ di China
Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.
Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. Jadi bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah saja yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.
Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila mahu memasuki masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi.
Tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, kita akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.
Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurvngkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRVS NI DARI MEREBAK!
Pemisahan dan kuarantin cabul hak manusia? Tolonglah, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita m4ti.
Jadi bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangk1tan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper.
Bila kena keluar beli barang ini SOP yang dilakukan
- Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap.
- Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alk0hol saya bawa sepanjang masa.
- Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
- Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
- Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula! - Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
- Nyahbakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
Nyahbakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.
Saya sendiri ada SOP ringkas yang saya amalkan sepanjang lockdown.
1. Topeng muka wajib! Untuk lindungi diri kita dan orang sekeliling.
2. Basuh tangan dan jangan sentuh mulut, mata dan hidung.
3. Jauhi dari tempat orang ramai, hadkan aktiviti.
4. Satu lagi saya juga tak gunakan wang tunai, semuanya online. Jika guna wang, kena sanitize tangan.
Virus ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau ada yang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna anda adalah ancaman untuk komuniti.
Semoga apa yang berlaku di China memberi pengajaran buat kita.
Sumber: Juwita Jalil