Bila ada anak kecil di rumah, tilam tempat tidur boleh jadi lokasi mereka bermain dan juga makan hingga menyebabkan permukaannya kotor.
Keadaan boleh menyebabkan ibu stres sebab nak mencuci tilam bukan mudah. Lagi satu dah cuci kena angkat dan jemur pula. Memang leceh.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh digunakan untuk membersihkan tilam yang kotor ini. Tak perlu susah-susah angkat dan jemur pun. Caranya hanya bersihkan menggunakan tudung periuk. Berikut adalah caranya.
1. Sediakan satu bekas besar.
2. Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.
3. Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.
4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.
5. Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.
6. Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.
7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.
8. Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.
Sumber: Learn To Cook