Guna Apps Ini Untuk Simpan Resipi, Tak Payahlah Simpan Screenshot Lagi

Share

 

Biasa dalam handphone orang perempuan, selain gambar anak akan penuh dengan screenshot resipi. Nak delete nanti sayang, nanti nak masak susah pulak nak cari balik resipi.

Sudahnya ada puluhan screenshot resipi dalam telefon sampai dah keliru. Ok lepas ni kalau jumpa resipi di Facebook atau google, tak payah screen shot penuhkan telefon, simpan saja guna apps ini ikut perkongsian Wan Norazila Sulaiman 

. Copy paste jer.

Sesuai untuk beginner yang baru nak belajar memasak atau pengantin baru. Takkan nak kelek buku resipi setiap kali masuk dapur kan.

Zaman dah maju, install saja apps Easy Menu Planner, boleh cari saja dalam Play Store & Apple Store.

1. Cari dan Install apps EASY MENU PLANNER

2. Options yang ada dalam apps.

3. Option DISHES, boleh list memacam jenis masakan.


4. Dalam tu boleh tulis resipi masakan sedap-sedap.Senang kan? Takyah kelek buku resipi dah.

Selamat mencuba.

Sumber:Wan Norazila Sulaiman

 

Published by
VK