Selain cucur bawang, bilis atau jagung, cucur kucai juga antara yang digemari. Lagi best kalau dapat yang rangup dan banyak daun kucai.
Tapi ada juga yang tak berapa mahir nak buat cucur kucai yang sedap dan rangup ini walaupun nampak mudah saja. Bagi yang selalu buat tapi tak menjadi, kali ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Umi Watie
.1. Mula-mula kita buat bahan base dulu. Bancuhan Tang Zhong kalau untuk buat roti tu. Kira nanti roti kita lembut tanpa bahan pelembut. Caranya sediakan ¼ cawan tepung gandum dan ¾ cawan air panas menggelegak.
2. Air panas tadi jangan masuk semua sekali tau. Isi sikit-sikit. Dia memang bergentel macam gini bila bubuh air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu.
3. Ini bila kesemua air panas dah siap bancuh dengan tepung tadi. Ini base cekodok kita.
4. Masukkan 2 cawan tepung gandum, daun kucai seikhlasnya, udang ikut kemampuan, lobak merah ikut selera, bawang merah ikut suka dan garam untuk perasa.
5. Masukkan air biasa saja dalam 1 cawan.
6. Gaulkan sebati, tada dah siap. Rehatkan 5 minit. Panaskan minyak goreng sampai kekuningan.
Sumber: Umi Watie