Tahun ini puasa lebih awal bermakna raya pun lagi awal. Bulan April kita dah sambut Aidilfitri. Bila raya memang macam-macam persiapan yang kena buat. Salah satunya adalah duit raya.
Sering kali kita kalut pergi ke bank hari-hari terakhir sebelum raya untuk menukar duit. Terpaksa beratur panjang dan ada juga dah sampai bank baru tahu tak boleh duit dah.
Memandangkan inilah yang biasa terjadi, apa kata tahun ini kita tukar cara. Tak payah pergi bank tukar duit, kita kumpul saja duit mulai sekarang. Cara inilah yang dipraktikkan oleh Syah Musafir selama beberapa tahun. Memang memudahkan.
Kumpul duit RM1 setiap hari persediaan duit raya
Ads
Saya ada satu sikap malas nak pergi bank untuk tukar ‘duit raya’ jadi beberapa tahun kebelakangan ini, saya mulai kumpul duit RM1 supaya saya boleh guna sebagai duit raya apabila raya puasa tiba.
Nak dipendekkan cerita, setiap kali masuk office saya, saya masukkan 1 keping RM1 atau 2 hingga 5 keping RM1 ke dalam tabung. Saya fikir kalau saya istiqamah, saya akan dapat minimum 365 keping RM1 pada hujung tahun.
Ads
Tetapi ada hari saya tak ada not RM1, saya masukkan saja RM5 atau RM10.
Saya pilih not kertas yang baru, elok dan keras je. Yang lama, rosak, ‘dah lembik’ atau seumpamanya saya tak simpan la. Saya berjaya kumpul RM800 sebelum raya 2022.
Raya 2023 dah ada RM1,234
Untuk tahun 2022 yang baru berlalu bermula selepas raya puasa, saya mulai menabung semula. Sehingga 1 Januari 2023, petang ini saya keluarkan duit daripada kotak tabung saya dan saya kira. Masya-Allah saya berjaya kumpul RM1234. Alhamdulillah.
Ads
Dalam total itu, ada 684 keping not RM1. Kira settle la ‘stok duit raya’ saya bulan Mac nanti. Tak payah nak pergi tukar duit di bank dah. Tu je nak share cerita. Inspiring tak?
Salah makan saja badan jadi berangin! Mesti ramai yang ada masalah ini. Perut pun mula sebu dan rasa tak selesa.
Bagi yang ada masalah angin dalam badan seperti ini mungkin boleh cuba resipi telur dadar buang angin yang dikongsi oleh Syu Azis. Ujarnya resipi ini diperoleh daripada ibu seorang selebriti jelita, Rozita Che Wan.
Cara buat telur dadar untuk buang angin
Saya dapat resipi telur dadar ni dari emak artis tempatan, Che Ta. Saya ada terbaca di laman web majalah Nona. Katanya untuk buang angin. Resepi turun temurun yang masih diamalkan beliau dan anak-anak. Saya cuba memang menjadi. Sendawa tak habis habis.
Bahan-bahan
2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Cara membuat :
1. Tumbuk bahan bahan kering halia, bawang putih & lada hitam sehingga lumat. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
2. Gorengkan tanpa minyak, tapi saya ‘derhaka’ sedikit goreng dengan minyak. Dua sudu saja.
3. Disebabkan winter season dah pun bermula, lately badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, saya buat resipi simple ni. Halia, bawang putih dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan memanaskan badan.
Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.
Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis. Lepas tu sendawa burpp burpp. Badan pun rasa segar dan warm.
Selalu berlaku dalam almari pakaian masalah timbul kulat pada bahagian dinding. Malah ada juga pada pakaian.
Jika pakaian terperuk terlalu lama, masalah tahi lalat pada pakaian serta bau yang kurang menyenangkan juga akan berlaku. Puncanya kerana peredaran udara yang kurang memuaskan dalam almari menyebabkan keadaan di dalamnya lembap.
Agar masalah bau, kulat dan tahi lalat pada baju tidak berlaku, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bezzera untuk membuat sendiri penyegar udara atau air freshner anti kulat dan juga pewangi.
Buat sendiri air freshner almari untuk elak kulat dan bau
1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup (boleh cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.) Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.
2. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan 2 sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.
3. Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.
4. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.
5.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.
Ia boleh jadi bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum.
Ada banyak hidangan yang menggunakan cekur atau kencur. Dari masak lemak, kerabu, tumis malah daun cekur ini juga enak bila dijadikan ulam. Bukan saja sedap tapi punya khasiat kesihatan tersendiri.
Ia juga tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan membiak. Cekur ini boleh saja di tanam dalam pasu atau atas batas. Memang berbaloi tanam kerana bukan saja daun, ubinya pun boleh dimakan.
Jika nak cuba tanam panduan berikut boleh digunakan.
– Untuk penanaman cekur boleh gunakan benih atau ubinya dari pokok cekur yang sedia ada. Atau boleh beli ubi atau rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik.
– Sediakan pasu atau dalam bekas khas isikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan). Pastikan pasu mempunyai lubang air keluar.
– Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Tunas baru akan keluar daripada ubi yang ditanam ini. Jika tanam dari pokok cekur sedia ada, boleh tanam sekali dengan pokoknya.
– Bagi pembajaan pokok cekur boleh gunakan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun.
– Daun cekur boleh dikutip seawal 3-4 bulan lepas tanam, bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...