Bagi yang bekerja, tinggal pula di kediaman teres atau kediaman tanah tak luas namun ingin bercucuk tanam sesuai sangat menggunakan kaedah penanaman nutripot ini.
Apa itu nutripot? Ia adalah cara penanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbu. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah penjagaannya lebih mudah, tidak perlu kerap menyiram.
Pokok terung jambak yang dikongsi Umi Refah ini adalah antara hasil penanaman melalui kaedah ini. Kalau berminat untuk mencuba boleh ikut panduan berikut;
1. Sediakan set nutripot yang merangkumi pasu, baldi, baja dan sumbu.
2. Masukkan sumbu dari supaya bersambung dengan bekas air (bahagian bawah ke pasu.
3. Masukkan air baja ke dalam baldi.
4. Kemudian masukkan sabut hancur dalam pasu (bahagian atas).
5. Tanam anak pokok/biji benih yang ingin ditanam. Boleh juga letak pasu sendiri, seperti gambar di bawah.
INFO
Set nutripot ini juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol minyak atau mineral terpakai yang dipotong dua. Letak sumbu, di bahagian corong (untuk bahagian atas) dan campuran air & baja AB di bahagian bekas air bawah (rujuk gambar di bawah).
Kelebihan lain nutripot
Hasilnya pokok subur & meriah buah, menurut Umi Refah ini adalah hasil tuaian kali ketiga menggunakan kaedah nutripot. Berbaloi kan.
Boleh klik SINI untuk beli nutripot di Shopee,
Selamat mencuba.
Sumber: Umi Refah & buatsendiridirumah.blogspot