Guna Kulit Telur, Cara Mudah Semai Sawi. Dah Bercambah Pecahkan Terus Tanam

Share

Hampir hari-hari kita masak menggunakan telur. Jika sebelum ini kulitnya dibuang, kali ini boleh simpan untuk buat tempat semai biji benih sawi atau sayur lain.

Caranya dikongsi oleh Hadijah Abu Bakar

. Menurut beliau cara semai ini juga lebih mudah.

1. Kalau berhajat semai benih guna kulit telur ini, pecahkan bahagian atas supaya ada ruang untuk masukkan tanah. Pecahkan juga sedikit di bahagian bawah.

2. Basuh dulu kulit telur sebelum letak tanah di dalamnya untuk elak semut atau tikus. Kemudian bolehlah masukkan tanah, boleh gunakan tanah hitam atau tanah sawit.

3. Masukkan 3 biji benih dalam satu telur kemudian letak di tempat redup.

4. Apabila sudah naik 3 daun bolehlah dialihkan ke tanah.

5. Cara alih, pecahkan telur supaya akar dapat merebak dan terus semai dalam bekas atau batas.

Selain sawi, biji benih sayur lain juga boleh disemai menggunakan kulit telur juga.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Hadijah Abu Bakar

Published by
VK