Laman

Guna Sarang Telur, Cara Berkesan Halau Serangga Perosak Tanaman & Lalat Buah

Share

Sarang telur ini berguna untuk asapkan pokok atau tanaman untuk halau serangga perosak dan termasuk lalat buah yang jadi penyebab hasil buah buruk.

Jadi setiap kali beli telur, sarangnya jangan dibuang terutama jika bercucuk tanam di rumah terutama pokok buah.

Tapi untuk asapkan tanaman ini juga ada caranya.

1.Bakar sarang telur dan matikan api supaya tinggal bara dan berasap.

2. Letak sarang telur yang berasap ini sekitar tanaman atau boleh juga sangkut sedikit pada pokok buah.

3. Aktiviti asapkan tanaman ini sebaiknya dilakukan pada sebelah petang bermula pukul 7 malam kerana serangga perosak yang mengganggu tanaman aktif pada waktu ini.

4. Boleh lakukan 3 hari sekali dalam 45 minit. Boleh hentikan aktiviti ini jika daun dan buah tidak diganggu ulat dan serangga lagi.

5. Selalunya pokok yang diasapkan ini akan mengeluarkan bunga dan berbuah lebat. Cara ini juga boleh halau nyamuk sekitar rumah yang mula banyak menjelang malam.

INFO:

Kalau perasan aktiviti asap pokok ini memang dah lama dipraktikkan oleh orang-orang tua di kampung. Setiap petang mereka akan membakar daun kering atau sampah bawah pokok. Kalau di bandar bolehlah guna sarang telur.

Semoga bermanfaat

Sumber:Fig Farm Agro, Azhar Che Soh & Azmi Amin

Artikel berkait: Tip Mudah Elak Tong Sampah Berbau & Berair. Alas Dengan Sarang Telur Saja

Published by
VK