
Daun bawang antara yang selalu kita guna dalam masakan, jadi berbaloi sangat kalau tanam sendiri. Nak masuk dalam gorengan atau sup, potong saja.
Cara nak tanam pun mudah. Tanpa tanah pun boleh, cuma guna sarang telur. Caranya;
1. Ambil bawang merah, potong sedikit bahagian ada dan bawah untuk cepatkan pertumbuhan daun bawang.
2. Sediakan 4 sarang telur, tindan dan mampatkan.
3. Buat lubang pada setiap sarang. Lubang tembus sampai lapisan ketiga.
4. Kemudian basahkan sarang telur.
5. Letak bawang yang dipotong tadi dalam setiap sarang telur. Kemudian siram bawang dan bekas telur.
6. Letak di tempat yang ada sedikit cahaya matahari pun sudah mencukupi. Cuma jika letak di tempat teduh jangan siram terlalu banyak untuk elak kehadiran serangga.
7. Sembur 2 kali sehari pagi dan petang, hingga daun bawang naik dan sesuai dipotong.
Selamat mencuba.
Sumber: Ryu Studio & Agro Tani Store
Sertai Malaysia #QuranHour 2024, 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Cara Betul Simpan Daging Korban, Jangan Terus Masuk Freezer! Lepas 4 Jam Baru Simpan

Isi Kandungan
ToggleWaktu sambutan Aidiladha ini ramai yang akan menerima daging korban. Kadang kala sampai beberapa kilo. Separuh akan dimasak dan selebih daging korban akan disimpan dalam peti dahulu.
Tapi untuk menyimpan daging yang baru disembelih ini ada caranya. Bukan pakai masuk dalam freezer saja. Kena ikut kaedah ini supaya kualiti daging itu terjaga dan tahan lama.
1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman mungkin akan masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. Potong dalam kuantiti kecil
Jika mendapat daging dalam jumlah yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan daging dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Bila hendak memasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam jangka masa lama.
3. Elak terus simpan daging dalan ruang sejuk beku
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. Jangan cairkan daging beku guna air panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.
5. Jangan simpan pakai plastik hitam
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar.
Tip Goreng Sosej Supaya Tak Kecut & Berkedut, Elok Cantik Hasilnya

Sosej memang biasa kita hidangkan terutama waktu pagi. Anak-anak pun cukup suka. Cuma kalau goreng sosej satu masalah yang biasa berlaku adalah sosej kecut dan berkedut. Hasilnya tak cantik.
Yang menghairankan kalau tengok yang dijual di gerai-gerai elok saja tegang dan mulus, langsung tak menggelembung. Menghadapi masalah yang sama, Siti Afifah meminta tip daripada netizen melalui hantaran beliau dalam satu grup masakan terkenal.
“Kalau bab goreng sosej ni memang failed. Kalau rebus ok lagi la. Ada tip tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Tq”, ujar Siti Afifah.
Hantaran beliau mendapat banyak respon daripada netizen yang berkongsi tip menggoreng sosej yang betul.
Goreng sosej tak perlu minyak panas
Antaranya Fareez Amy Shafie yang juga seorang katerer dan peniaga pasar malam. Untuk memastikan kulit sosej tegang dan cantik ini cara menggoreng yang betul;
- Bagi memastikan kulit sosej sentiasa tegang muda remaja, jangan goreng sosej menggunakan minyak panas. Sebaliknya buka api terus saja masukkan sosej ke dalam minyak(bilas dulu sosej dengan air dan keringkan).
- Biarkan sosej masak bersama minyak yang baru nak pnas. Apabila sosej timbul terus angkat. Memang akan masak.
- Sosej akan sedikit berminyak tapi selepas tos, minyak akan hilang. Hasilnya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati.
Rendam dalam air panas dulu
Selain itu Atika Rosli juga memberikan cara beliau; rendam saja sosej dalam air panas sekejap kemudian golek-golekkan sosej atas pan sekejap saja. Hasilnya memang elok cantik tak kedut.
Letak air dan minyak dalam pan
Boleh juga gunakan cara Sitirus Zakaria. Caranya dalam pan letak air sikit dan minyak saty sudu dan sosej. Air fungsinya merebus sosej, dan bila kering air minyak yang berbaki dalam tu akan gorengkan sosej..
Goreng guna pan dan sedikit saja minyak
Menurut Hazwany Syafiqa cara beliau goreng sosej supaya cantik rupanya adalah dengan menggunakan sedikit saja minyak. Sekadar cukup untuk tak lekat sosej pada pan. Sama macam cara goreng burger.
Sumber: Siti Afifah
Buat Sendiri Natural Remedy Guna Kunyit Untuk Rawat Kucing Luka & Kurap. Lebih Selamat

Kucing kesayangan luka, ada kurap atau kena fungus tapi nak beri ubat krim bimbang dijilat. Bahaya pula.
Untuk lebih selamat boleh gunakan natural remedy yang dikongsi oleh Suhaili Baharudin. Hanya gunakan minyak kelapa dan juga kunyit saja. Caranya boleh ikut langkah yang beliau kongsi. Minyak ini juga boleh kita gunakan sendiri untuk luka.
DIY natural remedy untuk kucing luka, lebih selamat dan non toxic
Mak sediakan resepi ubat sapu jika majikan kita luka sana sini. Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, selalu risau kalau depa terjilat kan? Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral.
Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat 2 bahan ni untuk kita dan para majikan. Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!
Kita perlukan cuma 3 bahan
1. Kunyit hidup
2 Minyak kelapa (coconut oil)
3. Botol
Nota: kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.
Cara membuat:
1. Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur saja.
2. Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi. Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak tu. Agak-agak saja. Yang penting kita bersederhana saja.
3. Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Letak aje di satu tempat. Dalam tempoh ni minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.
4. Selepas 2 minggu warna dah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka majikan kita yang buas amat tu. Mereka menjilat? Tak ada masalah. Terus jadi ubat untuk depa.
5. Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak tu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik. Oh ya, kita bibik-bibik ni sesuai juga.
Selama mana minyak ni elok?
Selagi tiada bau hapak. Kalau dah bau hapak tu maksudnya dah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan dah ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit aje dulu supaya tak membazir.
Semoga bermanfaat
Sumber:Suhaili Baharudin