Guna Sarang Telur, Tip Mudah Elak Rumput Tumbuh Di Laman. Setahun Tak Payah Potong

Share

Tak sampai sebulan cabut atau potong, dah naik lagi. Bagi kediaman yang ada laman, masalah rumput dan lalang yang tumbuh melata memang menyakitkan mata. Rumah nampak semak dibuatnya.

Bagi yang tiada masa nak bersihkan masalah rumput ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Hassan Khalid

ini. Sekali buat setel masalah rumput setahun lebih. Menarik kan. Modalnya cuba guna sarang telur saja.

Tip elak rumput tumbuh guna sarang telur, setahun clear lagi

Benci rumput dan rumpai? Tak de masa potong dan merumpai? Cuba tip saya tanpa ada kos!

Dah bertahun tak guna mesin rumput atau merumpai sampai rindu amalan tu. Hujan lebat tanah tak percik pun.

Bahan yang diperlukan:

-Sarang telur – kuantiti ikut keluasan laman

Caranya

1. Atur sarang telur rapat-rapat atas tanah laman, bahagian sisi kena bertindih.

2. Basahkan sarang telur yang disusun ini sampai lencun.

3. Kemudian pijak sarang telur ini sampai kemek atau rata. Boleh minta anak tolong. Siap.

4. Cara ini rumput takkan tumbuh hampir setahun lebih dan air tetap boleh meresap ke tanah.

Kredit: Hassan Khalid

 

Published by
VK