Dah keluar rumah, separuh jalan nak sampai tempat kerja tiba-tiba rasa lupa tutup suis kipas. Kadang kala ada masa kita dah syok duduk atau baring di atas tilam terasa malas nak bangun untuk on atau off kan suis kipas, lampu dan sebagainya.
Jika ini situasi biasa kita lalui mungkin tiba masa untuk kita tukar suis di rumah guna smart switch macam yang dipraktikkan oleh Mohamed Saiful
.Antara kelebihan guna smart switch ini adalah kita boleh kawal semua suis di rumah dari lampu, kipas, tv dan sebagainya melalui telefon pintar. Kalau terlupa tutup suis pun tak kalut patah balik sebab kita boleh ‘offkan’ melalui telefon saja.
Kalau rasa malas juga nak pegang phone untuk tutup atau buka suis boleh guna suara saja. Senangkan.
Hampir semua suis rumah di tukar pada smart switch. Lepas ni boleh tekan suis dari smartphone atau boleh control suis guna suara sahaja.
Barulah rumah macam Tony Stark punya rumah. Kalau lupa suis sudah di tutup, boleh check dari apps sahaja.
Tapi perlu diingat untuk guna smart switch ini kena pastikan kediaman ada wifi ya. Kalau tak boleh berfungsi le.
Sumber: Mohamed Saiful