Ayam goreng kunyit saja tapi kalau dimasak guna teknik brine memang lain macam sedapnya. Tak salut tepung pun tapi ayam goreng akan tetap garing di luar dan lembap atau juicy di bahagian. Ayam goreng kunyit macam nilah yang kita mahu!

Cara membuat ayam goreng kunyit menggunakan teknik brine ini dikongsi oleh Mohd Haffiz Supai. Bagi yang belum mengetahui teknik brine ini ia adalah kaedah merendam ayam dengan larutan air garam sebelum digoreng untuk menjadikan rasanya lebih sedap.

Guna Teknik Brine Buat Ayam Goreng Kunyit Lagi Sedap Rasanya. Garing Di Luar Juicy Di Dalam

Caranya

1. Ambil ayam yang hendak digoreng, dan rendam dalam air garam. Biar selama 1-2 jam, tapi sebaiknya semalaman. Simpan dalam chiller.

Ads

2. Sebelum goreng bilas dulu ayam yang direndam tadi kemudian barulah dilumur dengan garam dan kunyit. Boleh juga tambah serbuk cili jika suka.

3. Kemudian bolehlah goreng ayam seperti biasa. Sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).

Ads

Hasilnya akan dapat isi yg juicy dan berkilat. Boleh gunakan teknik brine ni untuk ayam goreng bersalut tepung jugak.

Info teknik rendam air garam (brine)

Kenapa perlu direndam dengan air garam? Ada 2 fungsi kenapa kita perlu buat;

Ads

1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.

2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semulajadi.

Sumber: Mohd Haffiz Supai & hilmiesbbq.com

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI