Ramai yang menanam pokok cili di sekitar rumah. Tapi ramai juga yang kecewa sebab pokok tak subur dan tak berbuah lebat walaupun dijaga dan dibelai dengan elok.
Jika demikian keadaan tanaman cili, mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh MieAtul Aniyah
ini sekiranya mahu pokok cili rimbu dan hasil cili pun banyak.Sedikit tip untuk penanam pokok cili supaya hasil yang dikeluarkan maksimum.
Boleh guna teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal.
Caranya cantas selepas anak pokok cili naik lebih kurang tinggi sejengkal dan daun dalam 7-8 helai.
Atau dengan kata lain, cantas sebelum tumbuh cabang Y. Nanti setiap cabang yg tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri untuk membiak dan merimbun.
Apabila cabang dah banyak tumbuh dan daun dah banyak, bolehlah buang daun yg di bawah setiap cabang Y.
Ia boleh dipraktikkan kepada semua jenis pokok cili. Sebaiknya cantas pada waktu pagi supaya kering luka pokok.
Hasilnya cabang pun dah banyak
Selamat mencuba!
Sumber: MieAtul Aniyah