Kalau suhu badan anak tinggi lebih 39 darjah selsius, selalunya doktor akan berikan ubat punggung atau biasa kita panggil ubat bontot.
Ubat ini lebih mudah diberikan pada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk cecair. Kerap timbul kekeliruan mengenai kekerapan pengambilan, bila nak ambil, cara betul nak masukkan ubat dalam bontot anak dan dos yang perlu diambil.
Melalui Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi ilmu mengenai pemberian ubat bontot kepada anak demam. Beliau menjawab 5 perkara yang selalu jadi tanda tanya pada ibu bapa. Semoga perkongsian ini melenyapkan segala kekeliruan yang timbul dalam fikiran ibu bapa.
“Doktor, kalau lepas makan ubat demam tetapi suhu anak saya tak surut, boleh beri ubat bontot tak?”
Istilah yang betul bagi “ubat bontot” atau “ubat peluru” adalah suppostori (supp). Jika anak anda demam, dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan beri sup Paracetamol(PCM). Maknanya, ia ubat(bahan aktif) sama seperti ubat demam yang dimakan, cuma medium dan cara pemberian yang berbeza. Maka jarak antara pemberian supp dan sirap PCM hendaklah 4-6 jam untuk elakkan terlebih dos harian.
“Doktor, kalau anak demam, suhu berapa baru boleh beri ubat bontot?”
Jika suhu sudah 38°C, boleh sahaja beri supp PCM. Sama indikasi seperti beri sirap PCM. Suppositori ini memudahkan anda beri PCM kepada anak, terutamanya, jika anak muntah setiap kali PCM disuapkan, atau ketika anak sedang tidur.
“Masukkan sebiji sahaja cukup kan?”
Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Pemberian supp PCM pun begitu. Jadi ia dikeluarkan dalam dosej 125mg dan 250mg. Nak beri dos tepat jika PCM dalam bentuk suppositori memang mustahil. Kebanyakan pengeluar supp PCM beri saranan berikut.
Umur 6 bulan-4 tahun
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
Umur 5-8 tahun
2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau
1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Umur 8-12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
⚠ Sebelum beri supp PCM, periksa dosej supp itu 125mg atau 250mg. Jangan salah.
⚠Adakala doktor beri supp Voltaren(NSAID) untuk kurangkan demam. Misalnya jika anak alergik kepada PCM. Jadi periksa apa yang doktor beri kerana dosnya berlainan. Dos supp Voltaren adalah 0.5-2mg/kg.
“Doktor, macam mana cara yang betul nak beri supp PCM ni?”
1. Seeloknya, masukkan supp PCM selepas anak buang air besar. Namun, boleh sahaja beri bila-bila.
2. Baringkan anak ke posisi mengiring. Angkat lutut anak ke dadanya.
3. Buka pembalut supp PCM, dan pasukan supp itu dengan air atau KY jelly(pelincir) jika ada.
4. Masukkan(tolak) bahagian supp yangvtajan ke dalam dubur sehingga masuk kesemuanya.
“Doktor, ada apa lagi saya kena tahu?”
Simpan supp PCM di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari capaian anak-anak. Selain dubur, ada juga suppositori untuk vagina dan urethra (salur kencing). Ada supp untuk tahan sakit, sawan, sembelit, buasir, keputihan, serta mati pucuk.
Ya itu sahaja. Maaf panjang sangat penjelasan ni. Moga bermanfaat.
SUMBER: Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy