Berat badan susah nak turun, ini keluhan biasa untuk ibu baru bersalin terutama yang bersalin secara pembedahan atau caesarean.

Ada yang ambil masa setahun untuk dapat berat badan asal dan ramai juga tak dapat dah bentuk badan dulu. Cutting lari habis.

Tapi ibu ini lain pula, setel pantang 44 hari dari berat 83kg dia berjaya dapatkan bentuk badan langsing 43kg.

Tak lokek ilmu, Sahira Lim berkongsi amalan berpantang yang dipraktikkan, sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarean yang tak dapat berbengkung.

Berpantang ni memang remeh tapi kalau nak cantik kenalah buat ya! Jom ikuti perkongsian Sahira Lim.

Ads

Habis Pantang Pinggang Dah Ramping, Dalaman Cun, Berat Turun Dari 83Kg Ke 43Kg, Ibu Cantik Ini Kongsi Amalannya Selama 44  Hari

Haa meh mama syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.

Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44 hari berpantang !

1. Amalan sepanjang tempoh berpantang

Sepanjang tempoh anda berpantang. Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!

Ads
  •  Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.
  • Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan.
  • Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari ( minimumkan ).
  • Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!
  • Sila minum air kopi sekali sehari.
  • Air kosong 1 gelas sehari ( yang ni mmg amalan Ira yang lain tak perlu kecam nak ikut atau tidak. Kalau tak nak tak perlu, ikut keperluan badan masing-masing).
Habis Pantang Pinggang Dah Ramping, Dalaman Cun, Berat Turun Dari 83Kg Ke 43Kg, Ibu Cantik Ini Kongsi Amalannya Selama 44  Hari
Foto (kanan) selepas baby usia 5 bulan. Perut kemas, tegang dan tak buncit
  • Balance minum air akar traditional, ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.
  • Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.
  • Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja!  Minyak-minyak ni tak elok utk rahim , miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.
  • Lebihkan air oren sunquick / buah oren sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan (ini Dr. yang pesan ya tapi mmg berkesan).
  • Bagi ibu yang alami sembelit sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta.  Kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.
  • Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan “horny” kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.

Habis Pantang Pinggang Dah Ramping, Dalaman Cun, Berat Turun Dari 83Kg Ke 43Kg, Ibu Cantik Ini Kongsi Amalannya Selama 44  Hari

  • Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.
  • Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.
  • Balance makan biskut cracker kosong ! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je ( ini pantang ira, pantang korang, buat cara korang ye ).
  • Jauhkan diri anda dari terkena angin luar ( berjalan di dalam rumah sahaja ) hal ini utk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.
  • Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.
  • Urusan anak serahkan pada famili. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.

2. Elak perbuatan yang mengundang bentan

Dalam erti kata lain perbuatan yang boleh sebabkan badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit. Perkara ini ibu jangan buat lagi.

  • Jangan menyapu / vacuum
  • Jangan basuh pinggan
  • Jangan sidai baju
  • Jangan angkat bath tub anak
  • Jangan kemas rumah
  • Jangan langgar pantang makan minum
  • Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari (wajib ni!)
  • Jangan dukung anak kecil atau kucing
  • Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja
  • Berbengkung selepas setahun bersalin
  • Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja
  • Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.

Ini tip berpantang keturunan Ira, keturunan Ira umur 60 muka nampak muda remaja, semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.

Ads

Habis Pantang Pinggang Dah Ramping, Dalaman Cun, Berat Turun Dari 83Kg Ke 43Kg, Ibu Cantik Ini Kongsi Amalannya Selama 44  Hari

Alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan Ira masih mampu fully bf tanpa miss sehari pun .

Ini tips berpantang ira! Boleh amalkan . Nak share pun boleh!

Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha Allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula! Goodluck!

Sumber: Sahira Lim

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI