Masalah tikus dalam rumah memang merimaskan. Ia bukan saja kotor tapi juga menggelikan. Lagi membuatkan ramai stres tikus ini akan beranak pinak dan cukup sukar dihapuskan.
Kalau sudah menggunakan racun dan perangkap tapi masih juga belum berkesan, anda mungkin boleh beralih kepada cara alami untuk menghalau tikus dan keturunannya.
Caranya adalah dengan menggunakan 5 jenis daun yang cukup dibenci oleh tikus kerana aromanya.
1. Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum diletakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus.
Ads
Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
2. Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Ads
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih.
3. Daun pandan
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.
Ads
4. Daun semambu
Selalu daun ini digunakan untuk merawat demam campak, tapi selain itu ia juga berguna untuk menghalau tikus. Caranya adalah dengan meletakkan daun semambu di laluan tikus.
5. Serai wangi
Serai wangi sememangnya sudah lama digunakan untuk menghalau haiwan atau serangga termasuklah tikus.
Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.
Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.
Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.
1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.
2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru
3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.
4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.
5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.
Daun pokok kunyit yang subur hasil siraman air basuhan beras. Foto Facebook Ayu Hidayu6. Boleh juga gunakan petua siram dengan air basuhan beras supaya daun pokok kunyit subur.
7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu di alih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.
Tip ekstra
Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini; kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.
Pusing-pusing nak cari ruang untuk letak kereta di kawasan parkir tidak bertar. Ternampak ada satu ruang banyak yang kosong. Kita pun masuk tanpa sedar rupanya kawasan itu berlumpur.
Bila dah jadi macam ini satu masalah nak keluarkan kereta. Kalau berdepan dengan situasi begini jangan panik, ada satu teknik yang boleh digunakan untuk keluarkan kereta yang tayarnya termasuk dalam lumpur atau tanah lembut.
Jika kereta tersangkut dalam lumpur
Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.
Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.
Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.
Cara betul kena reverse
Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.
Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...