Dikongsi oleh netizen di Facebook idea penggunaan bekas plastik untuk melindungi soket elektrik ini memangnya cukup bernas.
Walau pun menggunakan produk yang murah tapi ia mampu menyelamatkan nyawa anak kecil dari terkena renjatan elektrik yang mana selalu menjadi kerisauan ibu bapa.
Macam mana nak buat? Boleh ikut langkah ini.
Ads
Bahan yang diperlukan:
Bekas plastik (seeloknya jenis penutup kedap udara) Pisau Glue Gun
Cara membuat
1. Ukur saiz soket, pastikan sesuai dengan bekas plastik yang dipilih.
2. Kemudian tebuk penutup bekas plastik tadi mengikut ukuran soket.
Ads
3. Menggunakan glue gun, lekat penutup plastik yang telah ditebuk tadi sekeliling soket.
4. Tebuk juga hujung bekas plastik untuk laluan wayar elektrik. Tutup soket dengan bekas plastik dan kemaskan penutupnya.
5. Dah siap! Anak kecil dah tak boleh main atau tarik wayar elektrik. Mudahkan!
Pokok kari memang selalu ditanam di sekitar rumah. Cara nak tanam pun mudah, cantas ranting dan cucuk dalam tanah, bercambahlah pokok kari nanti.
Tapi yang jadi masalah bila dah tumbuh tak mahu pula membesar, daun pun tak banyak hingga tak sampai hati nak petik.
Selalunya masalah ini dihadapi kalau pokok kari ditanam dalam bekas atau pun pasu. Sekiranya pokok kari dah lama ditanam tapi tak juga membesar boleh praktikkan cara ini.
1. Jika pokok kari ditanam dalam bekas yang kecil sebaiknya keluarkan dan alih ke dalam pasu yang lebih besar dan tinggi. Lebih elok tanam terus ke tanam kerana akarnya panjang.
2. Sekiranya mahu dialih ke dalam pasu yang lebih besar boleh gunakan campuran media o 2+1+1 (tanah hitam/gambut + pasir + kompos/tahi kambing).
3. Sekiranya pokok kari tak rimbun, petik pucuknya supaya ia mengeluarkan tunas dan cabang baru. Jangan sayang untuk petik daunnya.
4. Bole juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemydian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
5. Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
Kuetiau sup yang ringkas macam ni memang sesuai sangat hidang waktu malam. Balik kerja penat-penat mesti nak masak yang mudah-mudah saja untuk hidangan keluarga kan.
Kuetiau sup Chinese style ini salah satu menu yang boleh disediakan. Sangat ringkas, makan pun sedap. Tak perlu reneh sup berjam-jam. Tak sampai 30 minit dah siap.
Bahan-untuk sup:
Ayam bahagian dada
1 inci halia -potong nipis
Fish ball
1/2 kiub pati ayam
1/2 kiub pati bilis
2 sudu minyak zaitun (tiada pun tak mengapa)
Garam & air secukupnya
Bahan lain:
-Kuetiau – basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur
-Pak Choy- belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
-Daun sup da daun bawang- potong kecil
-Fish cake, goreng dulu dan potong nipis
-Isi ayam yang dicarik
-Bawang putih goreng dan minyak (tumbuk halus & goreng)
-Cili potong dan kicap (lagi sedap cili potong digoreng sekejap baru masukkan kicap masin dam manis)
Cara membuat:
1. Masak ayam bersama halia & air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih & ayam separuh masak.
2. Masukkan pati ayam, pati bilis, minyak zaitun & fish balls.
3. Tambah air dan perasakan dengan garam. Masak sehingga air mendidih & ayam betul-betul masak.
4. Masa yang sama boleh celur pak choy, sekejap saja. Angkat & toskan.
5. Masukkan kuetiau dalam mangkuk, tuang kuah masukkan pak choy dan isi ayam. Letak kicap cili dan bawang putih goreng.
Ramai tak tahu telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan. Malah trend diet telur rebus ini juga makin popular ketika ini.
Jika ikut kaedah yang betul, diet ini boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Ya, memang banyak tapi sekali lagi kena tahu cara yang betul.
Menurut pakar diet Jill Corlene telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.
Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.
Selain itu diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.
Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / anggur)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
Do and Don’ts
Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini iaitu
– Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi sebelum memulakan diet ini ataupun sebarang diet.
– Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
– Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...