Buat Sendiri ‘Kinetic Sand’ Guna 2 Bahan Dapur, Selamat, & Jimat. Confirm Anak-Anak Suka!
November 3, 2020
Share
Oleh kerana tidak ada musim persekolahan sepanjang PKPB ini, pastinya ibu bapa pening memikirkan cara terbaiik menghilangkan waktu senggang anak-anak setelah penat belajar.
Biarpun ada sistem pembelajaan secara online tetapi ada masanya perlu diselitkan aktiviti lain yang juga bermanfaat.
Salah satunya adalah dengan bermain ‘kinetic sand’ atau pasir ajaib yang sangat baik untuk perkembangan minda anak.
Hanya dengan meramas dan menekan pasir berkenaan, pelbagai bentuk dapat dibentuk melalui kinetic sand ini.
Perkongsian dari Niram Munirah yang memberitahu DIY untuk membuat ‘kinetic sand’ ini hanya dengan menggunakan dua bahan dapur saja. Ia juga selamat dan paling penting menjimatkan.
Buat Sendiri Kinetic Sand Guna 2 Bahan Dapur
Bahan diperlukan:
– 2 cawan tepung gandum
– 1/4 cawan minyak masak + 1 sudu besar minyak masak (resepi asal menggunakan 1/4 cawan minyak masak)
Cara membuat: – Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Boleh juga letak pewarna jika suka.
Kelebihan: – Boleh explore minda anak-anak dengan kreativiti yang mereka mahu buat dan fikirkan – Bahan digunakan selamat kerana hanya menggunakan tepung dan minyak masak. – ‘Kinetic sand’ buat sendiri ini juga menjadi aktiviti menyeronokkan kerana anak-anak boleh ‘stamp’ dan bentukkan sendiri rekaan disukai. – Boleh melekakan anak dari terus bermain gajet kerana ibu bapa boleh turut bermain bersama-sama dan boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan.