Makan

Masak Tempoyak Ikan Patin Dari Pahang, Guna 4 Bahan Saja

Share

Masak tempoyak ikan patin memang ramai peminatnya.  Ada beberapa cara memasaknya tapi yang ini adalah original dari Pahang. Resipi asal dari negeri ini dikongsi oleh Ieda Ida.

Ia tak menggunakan banyak bahan hanya kunyit, cili, tempoyak dan daun kesum. Tapi rasanya memang terangkat.

Cara masak tempoyak ikan patin original dari Pahang

Resipi original dari Pahang;

Tak letak bawang
Tak letak serai
Tak letak bunga kantan
Tak letak bawang putih

Hanya empat bahan digunakan selain ikan iaitu;

-Cili
-Kunyit
-Daun kesum
-Tempoyak

Cara memasak

1. Tumbuk cili dengan kunyit, kuantiti cili ikut tahap kepedasan yang diingini.

2. Masukkan ikan, daun kesum dan tempoyak dalam periuk/kuali (kuantiti tempoyak juga ikut kepekatan yang kita suka). Boleh juga masukkan timun tua jika suka.

3. Masukkan cili dan kunyit yang dah tumbuk lumat tadi.

4. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan secukup rasa. Siap

Selain ikan patin, boleh juga guna ikan talapia, kembung, kerisi, tenggiri), ayam, tulang pun boleh.

Ekstra: Tip pilih tempoyak asli

Mungkin ada yang pernah beli tempoyak tapi rasanya masam dan pahit. Ini mungkin kerana ia sudah dicampur, antaranya dengan pisang. Untuk kenal tempoyak asli mudah saja

– Teksturnya kasar (isi durian)
– Tak terlalu berair
– Tak masam pahit
– Warna durian asli
– Tak berbuih

Sumber: Ieda Ida

Artikel berkaitan: Selain Ikan, Cuba Buat Gulai Tempoyak Telur Goyang. ‘Nyakor Dinding’ Sedapnya

Published by
VK