Tanam Kaktus Guna Tin Minuman Terpakai. Dah Siap Cantik Hasilnya, Peminat Kaktus Boleh Cuba!

Share

Tidak dinafikan apabila musim PKPB ini, ramai yang bertukar menjadi seorang yang kreatif.

Pelbagai idea boleh kita baca dan lihat yang dikongsi di alam maya melalui medium media sosial.

Salah satunya adalah perkongsian menarik dari Cik Siti Noor Aziera yang menggunakan bahan terbuang seperti tin terpakai untuk dijadikan pasu bagi meletakkan pokok kaktus.

Guna tin minuman terpakai.

Apabila disusun, walaupun simple tetapi kelihatan sangat cantik dan menarik. Jadi bagi mereka yang menyukai atau penggemar kaktus, boleh cuba cara dikongsi ini.

Tanam Kaktus Guna Tin Minuman Terpakai

Bahan diperlukan:
Seberapa banyak tin minuman
Pokok kaktus

Cantik disusun kemas.
Tin pelbagai warna yang menarik.

Caranya:
Bersihkan tin minuman dan tebuk lubang di bahagian bawah dengan paku untuk pengaliran air daripada bertakung.

Tebuk bawah dengan paku.
Letak pokok disukai.

Info Tambahan:
– Gunakan playar untuk membuka penutup tin ini.
– Untuk kaktus, gunakan tin tinggi. Letakkan suku atau separuh dari tin batuan, sepihan pasu pecah atau pasir sungai dulu. Kemudian bahagian atas barulah letak tanaman yang bersesuaian.

Idea kreatif buat pencinta kaktus.

Tonton Cara Buat Di Sini:

Artikel berkait:

Tip Tanam Kantan Di Rumah & Kerap Berbunga Dengan Banyak

DIY Baja MSG Supaya Pokok Berbunga, Berbuah Lebat

Published by
Siti Zurina Mat Saman