Guna Campuran Air Barli & Beras Setiap Hari. Hasilnya Kulit Wajah Jadi Cerah, Lembut & Senang Mekap!
September 29, 2020
Share
Walaupun pelbagai produk penjagaan wajah dijual di pasaran, tetapi ada juga yang menggunakan petua tradisional untuk mendapatkan hasil yang halus dan mulus.
Seperti perkongsian dari pengguna laman sosial Aya Zuki yang menjadikan barli sebagai rejim perawatan kecantikan wajah.
Menurutnya dia memakai hari-hari dan hasilnya kulit jadi sangat halus dan mulus.
Bukan saja senang dibuat tetapi bahan dapur seperti beras dan barli yang digunakan juga selamat.
Tambah Aya Zuki, barli mempunyai banyak khasiat terutamanya bagus untuk menjadikan kulit lebih cerah, anjal dan awet muda.
1. Basuh beras dulu selepas itu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering. 2. Setelah kering, masuk dalam pengisar kering 3. Kisar beras bersama garam sampai halus 4. Fungsi garam adalah untuk matikan kuman dan nyahkan jerawat.
Step 2:
1. Kisar barli sampai halus seperti beras.
Step 3:
1. Campurkan kisaran barli dan beras dan biar hingga sekata. Tambahkan sedikit air. 2. Kemudian sapu/scrub perlahan-lahan pada kulit wajah dan badan. 3. Untuk yang ada masalah jerawat teruk jangan scrub di kawasan berkenaan. Cukup sekadar tepek sahaja. 4. Bagi kulit yang tidak ada jerawat, boleh gosok perlahan-lahan di kawasan sekitar. 5. Kemudian cuci dan rasai hasilnya kulit rasa bersih dan licin sangat! Serta wajah jadi cerah dan berseri-seri. 6. Tip, tidak ada masalah pakai lama atau biarkan hingga esok pagi kemudian barulah dicuci bersih.
Kelebihan lain:
– Kulit jadi lembut – Menghilangkan masalah ‘blackhead’ dan ‘whitehead’ – Kulit jadi licin dan untuk mekap pun wajah jadi ‘smooth’ – Mencerahkan kulit – Buang sel-sel kulit mati dan wajah jadi berseri-seri lepas scrub – Mengelakkan masalah jerawat