Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga kebahagiaan pelakon Saharul Ridzwan bersama pasangan hidupnya Qaabila Deena Amir cukup terserlah. Apatah lagi diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata.
Sejak berkeluarga jelas dilihat pelakon ini berusaha membawa insan tersayang ke arah kebaikan, mengikut apa yang dituntut agama. Terbaru dilihat agak menyentuh hati bila dia menunaikan hasrat isteri yang sekian lama teringin untuk ke masjid bersama dengannya.
“Awal2 kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya “Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama.”
“Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama.
“Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain.
“Jadi doa saya hari ni pulak, saya dan isteri dapat dijemput Allah utk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah
“Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya
“Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.
Semoga doa untuk menunaikan haji pada usia muda tercapai dan kebahagiaan yang dikecapi pasangan ini berkekalan hendaknya.
Sumber: saharulridzwan