Harga emas baik aksesori, gold bar atau jongkong emas bukannya murah. Beribu-ribu! Disebabkan harganya yang mahal kena pastikan emas yang dibeli adalah tulen bukan palsu macam beberapa kes yang tular baru-baru ini.

Dalam hal ini ada baiknya kita kenali macam mana rupa emas palsu ini. Tip ini dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad

7 tip kenali emas palsu! 

1. Uji dengan magnet

Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.

2. Secara visual

Emas biasanya akan dicop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.

IKLAN

3. Gigit emas

Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.

4. Gores emas pada seramik

Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.

5. Bawa ke Ar Rahnu

Harga Emas Tak Murah, Sebelum Beli Ambil Tahu Dulu 7 Cara Kenali Emas Palsu Elak Ditipu

IKLAN

Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.

6. Timbang emas

Jika emas jongkong, bar di atasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.

IKLAN

7. Harga emas

Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulen.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

 

Selain itu:  Tip Buat Bubur Jagung Yang Rasanya Lemak Manis & Pekat. Masuk Bahan Kisar Ini!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI