Hari ini ramai yang mengadu harga sayur makin mahal. Ada yang harganya naik sampai dua kali ganda. Bagi yang memang tanam sendiri sayur memang dapat jimat belanja waktu ini.
Tapi belum terlambat kalau kita nak mula bercucuk tanam. Kalau ada hasrat nak buat boleh mulakan dengan tanam sayur yang paling senang iaitu sawi.
Jika baru nak belajar boleh ikut saja langkah demi langkah penanaman sayur ini yang dikongsi oleh Siti Zubaidah. Ada ruang sedikit pun dah boleh tanam di rumah.
Aturan tanam sawi
1. Semai biji benih (boleh buat lubang 0.5 cm dan masukkan biji benih, seeloknya ada penjarakan supaya mudah untuk pindakan nanti). Saya letak terus di tempat kena cahaya matahari supaya senang bila nak ubah kerana pokok dah dibiasakan kena cahaya dari awal.
2. Selepas 10 hari ( anak pokok dah ada 3-4 helai daun) ubah anak pokok dari tempat semaian. Ubah waktu petang dan selepas ubah terus siram. Medium digunakan tanah sawit hitam dan tanah merah, tiada sukatan campur saja.
Ads
3. Selepas 10 hari, letak baja (saya guna baja Milagro).
4. Seminggu kemudian gembur tanah timbus bawah pangkal anak sawi supaya tidak tumbang.
Ads
5. Teruskan siraman pagi dan petang. Waktu siram pagi antara 9 pagi hingga 10.00 pagi. Petang antara 4.00 – 5.00 petang.
6. Selepas lebih kurang sebulan sawi dah boleh dituai.
Roti paratha segera antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Senang untuk hidang waktu sarapan atau petang. Tapi bila beli yang frozen ini, rasanya ‘kureng’ sikit berbanding yang kita buat sendiri.
Sebenarnya nak buat roti paratha ini senang saja pun, tak perlu beli yang segera pun. Rasanya memang lagi sedap dan paling penting rangup. Kalau makan dengan kuah kari tak cukup 3 keping. Jika rasa nak cuba buat sendiri boleh ikut perkongsian daripada Khadijah Jaafar.
Cara buat roti paratha homemade yang sedap dan rangup
Roti paratha homemade. Rasanya yang sedap & rangup, makan pulak dengan kari memang tak cukuplah 3 keping. Senang sahaja bahan-bahan dan nak buatnya. Cubalah!
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandun
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
150ml air
4 sudu besar minyak masak
Minyak/butter/ minyak sapi untuk goreng
Butter untuk sapuan
Cara membuat
1. Di dalam mangkuk campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut.
2. Rupa doh yang dah siap uli. Tak perlu uli lama-lama pun.
3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk.
4. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
5. Bentukkan doh kecil-kecil. Ikut pada saiz yg masing-masing kehendaki. Boleh dapat 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit.
6. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh. Supaya mudah nak golek & tak melekat.
7. Golekkanlah mengikut ketebalan yang disukai.
8. Panaskan kuali dengan minyak/butter/minyak sapi. Mengikut cita rasa masing-masing.
9. Goreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.
10. Selepas sudah siap digoreng Cik Tie suka sapukan sedikit butter. Rasanya pun lebih sedap dengan rasa lemak butter.
11. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran. Asyik sungguh cicah dengan kari.
Selalu bila karpet kotor kita akan hantar saja ke kedai, susah kot nak basuh sendiri!
Tapi sebenarnya kita boleh saja basuh sendiri karpet yang kotor ni, dan caranya cukup mudah. Hanya guna mop, garam serta Dettol!
Tip ini dikongsi oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil yang mendapat perkongsian tersebut daripada seorang pembantu rumah apa bila melihat wanita itu mengelap karpet dengan mop.
Ia dilakukan selepas memvakum agar karpet bukan saja bebas habuk tapi juga kotoran. Karpet nampak macam karpet baru malah berbau segar.
Bahan yang diperlukan:
Mop (jika boleh beli baru)
Air secukupnya
2 sudu garam
1 penutup Pure Detol
Cara-cara:
1. Panaskan air hingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.
2. Apabila air dah mendidih curah dalam baldi mop dan letak garam dan juga Pure Dettol.
3. Perah mop sekuat hati, sampai tiada air menitis.
4. Kemudian mop karpet dengan menekan-nekan karpet (tenyeh).
5. Apabila selesai anda akan lihat air mop tadi berwarna coklat tanda kotoran. Selepas itu biarkan karpet kering.
Nasi Kak Wok popular ini cukup dikenali di negeri Cik Siti Wan Kembang dan siapa yang pernah makan memang takkan lupa kesedapannya. Boleh teringat-teringat.
Kalau duduk di luar Kelantan tapi tekak terasa nak makan bolehlah cuba buat sendiri, ikut resipi Mazliza Ahmad. Nak lagi feel hidang atas kertas minyak.
Ayam goreng ala Kak Wok
Bahan:
7 atau 8 ketul ayam-potong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Cara membuat:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam kemudian goreng garing
Sambal belacan
Bahan-bahan:
15-20 tangkai cili padi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 n buang biji
Garam, perasa dan gula
Cara membuat:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukkan 3 atau 4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai ala Kak Wok
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 paket kecil rempah kari daging babas
1/2 paket kecil rempah kerutub Adabi
1 biji terung-potong kecik
3 atau 4 batang kacang panjang-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 kpng asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara membuat:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air.
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah, gula, garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Seimbangkan rasa dan kepekatan kuah.
Hidang atas kertas minyak macam ni untuk lebih feel