Baru Nak Belajar Tanam Sayur, Boleh Mula Dengan Sawi. Ikut Saja Aturan Penanaman Ini

Share

Hari ini ramai yang mengadu harga sayur makin mahal. Ada yang harganya naik sampai dua kali ganda. Bagi yang memang tanam sendiri sayur memang dapat jimat belanja waktu ini.

Tapi belum terlambat kalau kita nak mula bercucuk tanam. Kalau ada hasrat nak buat boleh mulakan dengan tanam sayur yang paling senang iaitu sawi.

Jika baru nak belajar boleh ikut saja langkah demi langkah penanaman sayur ini yang dikongsi oleh Siti Zubaidah. Ada ruang sedikit pun dah boleh tanam di rumah.

Aturan tanam sawi

1. Semai biji benih (boleh buat lubang 0.5 cm dan masukkan biji benih, seeloknya ada penjarakan supaya mudah untuk pindakan nanti). Saya letak terus di tempat kena cahaya matahari supaya senang bila nak ubah kerana pokok dah dibiasakan kena cahaya dari awal.

2. Selepas 10 hari ( anak pokok dah ada 3-4 helai daun) ubah anak pokok dari tempat semaian. Ubah waktu petang dan selepas ubah terus siram. Medium digunakan tanah sawit hitam dan tanah merah, tiada sukatan campur saja.

3. Selepas 10 hari, letak baja (saya guna baja Milagro).

4. Seminggu kemudian gembur tanah timbus bawah pangkal anak sawi supaya tidak tumbang.

5. Teruskan siraman pagi dan petang. Waktu siram pagi antara 9 pagi hingga 10.00 pagi. Petang antara 4.00 – 5.00 petang.

6. Selepas lebih kurang sebulan sawi dah boleh dituai.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Zubaidah

Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk tonton video menarik.

 

 

Published by
VK