Tidak lokek berkongsi ilmu masakan terutamanya kek dan kuih muih menjadikan Azlina Ina Fans cukup dikenali di media sosial khususnya kaum wanita yang kaki masak.

Tapi kini selain popular kerana ribuan resipi yang dikongsi dengan bahasa yang santai, Azlina juga dikagumi kerana penampilannya cukup berbeza berbanding setahun nan lalu.

Ads

Ramai yang terinspirasi dengan kesungguhan cikgu memasak ini menurunkan berat badan. Dari 98 KG, dalam masa tak sampai setahun dia sudah berjaya menurunkan 46kg hasil diet eat clean yang diamalkan.Hasil Diet Eat Clean, Macam Tak Percaya Lihat Penampilan Terbaru Cikgu Azlina Ina. Turun Hampir 50 KG!

Paling best dengan berat terkini 52 KG bukan bentuk badannya saja berubah tapi juga wajahnya. Memang ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya dan ini adalah perkongsian dari Azlina.

Ads

Amal eat clean, puasa sunat & bersenam sendiri

  • Perkongsian dgn follower di sini. Diet cara yg betul, jgn memaksa diri. Diet itu untuk seumur hidup bukan 21 hari.
  • Cari diet yg boleh kita ikut sampai mati bukan sebulan selepas tu ko membadak balik.
  • Mana yg tak yakin boleh kurus, kena print gambar ini tampal kat peti ais? No ubat or jamu no supliment.

Hasil Diet Eat Clean, Macam Tak Percaya Lihat Penampilan Terbaru Cikgu Azlina Ina. Turun Hampir 50 KG!

Ads
  • Jangan buang duit bayar pada benda yg tak perlu pun untuk kurus. Lets wake up. Duit beli benda merepek tu sila beli kan gelang coco!
  • Eat clean dan berpuasa sunat + senam sendiri aerobik.

Makan bahan yang ada di rumah saja

  • Tempoh Ogos 98kg – Mei 57kg (naik sket masa raya)
  • Makan bahan asas- semua bahan yg ada di rumah kecuali sarapan gantikan dgn roti whole meal dan sapuan Jiff atau Yagood.
  • Kalau takde makan je la roti telur goreng tanpa minyak. Tukar-tukar dgn rolled oat plus susu farm fresh dan buah. Boleh rujuk cara buat kat search taip overnight rolled oat azlina ina.
  • Gantikan gula dgn raw canes sugar ada juga 99 Speed Mart /stevia atau gula organic.
  • Hasil Diet Eat Clean, Macam Tak Percaya Lihat Penampilan Terbaru Cikgu Azlina Ina. Turun Hampir 50 KG! Ganti garam dengan rock salt dan atau himalaya garam bukit’.
  • Minuman tukar dari cafein kepada lemon + madu dan air suam.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Nasi makan dari beras biasa, minyak pun biasa.
  • Makan ikan biasa, kembung pun boleh

Mudah kan! Siapa kata diet susah? Asal kan sabar, bukan hari ni diet esok nak kurus. Kalau dah gemuk 20 tahun takkan boleh kurus 2 hari. Podah!

Sumber: Azlina Ina Fans

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI