Siapa tidak gembira apabila berjaya menurunkan berat badan dari bersaiz 5Xl sehingga 6XL kepada pakaian yang bersaiz M atau L.
Bagi wanita ini Isma Suria yang berkongsi di laman Facebook Diet Suku-Suku Separuh memberitahu sejak setahun lalu dia tekad menurunkan berat badannya dan ingin menjaga pemakanan hariannya.
Berkongsi kisah kejayaannya dan menurut Isma bukan mudah untuk mengubah cara pengambilan pemakanan sebelum itu.
Kini berat badan Isma adalah sekitar 48 Kg dan dia juga berharap semua mendoakan dirinya terus kuat untuk mendapatkan berat ideal.
Tip Turunkan Berat Badan Dari 5Xl-6XL Ke Saiz M/L
Pemakanan: – Untuk sarapan, ambil oat atau telur separuh masak atau buah-buahan. – Untuk tengahari pula ambil nasi dengan melebihkan sayuran, ayam atau ikan. – Untuk malam hanya ambil air kosong dan buah-buahan.
Senaman: – Lakukan senama seperti tabata dan zumba tidak kurang 30 minit sehingga satu jam. – Jika berkelapangan, akan lakukan aktiviti luar seperti berbasikal atau memanjat bukit pada hujung minggu. – Juga ikut kelas senaman selama 30 minit hingga 1 jam apabila rajin. – Konsisten lakukan aktiviti mendaki dan berbasikal setiap pagi dan petang dalam 3 hingga 4 jam sehari atau lebih.