
Pokok bunga Siti Zubaidah atau nama sainstifiknya Hydrangea memang cantik bila ia mekar. Disebabkan itulah ia punya ramai peminat dan ramai juga yang menanamnya di rumah.
Pokok yang merimbun ini memang mudah berbunga dan ia akan kembang mekar selama tiga bulan. Dari situ jugalah pokok bunga ini turut dipanggil pokok kembang 3 bulan.
Namun, dalam kecantikan itu sebenarnya ada bahaya yang tersembunyi. Bagi yang ada menanam pokok bunga ini di rumah harus berhati-hati. Ini kerana menurut Pusat Racun Negara pokok bunga yang cantik ini mengandungi sejenis racun.
Perlu diketahui bahawa bahagian tumbuhan pokok bunga siti Zubaidah terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.
Jadi perlu berhati-hati jika mengendalikannya. Ia perlu dijauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Pusat Racun Negara
Cara Buat Drumnet Ayam Bakar Pedas Manis Yang Sedap Untuk Diratah

Ayam bahagian drumnet ini memang sedap sebab isinya lembut. Salah menu yang enak untuk bahagian ini selain goreng adalah drumnet ayam bakar pedas manis.
Kalau masak begini biasanya tak sempat nasi masak, dah licin diratah. Memang sedap. Jadi jika masak, buat banyak terus supaya puas makan. Selain drumnet, boleh juga gunakan bahagian kepak ayam.
Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Victoria’s Choice.
Cara buat drumnet ayam bakar manis pedas
Bahan-bahan:
1 kg ayam bahagian drumnet
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu secukupnya
Bahan rempah:
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan ayam dan gaulkan hingga sebati.
2. Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
3. Susunkan ayam di dulang ketuhar. Kemudian masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4. Bakar kali pertama pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas drumnet ayam dan bakar lagi selama 10 minit.
5. Akhir sekali, campurkan madu dengan drumnet ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan (lebih kurang 10 – 20 minit, Bergantung pada ketuhar).
6. Keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada digoreng dengan minyak.
INFO : Rasa manis dan pedas boleh ikut cita rasa masing-masing.
Selamat mencuba.
Sumber: Victoria Choice’s
Kalau Tanam Anak Pokok Durian Di Rumah, Ikut Cara Penjagaan Ini Supaya Pokok Hidup Subur & Berbuah

Isi Kandungan
Toggle
Disebabkan harganya yang mahal ramai yang dah mula menanam atau membeli anak pokok durian. Walaupun lambat lagi akan menikmati hasilnya tapi tak mengapa.
Kalau kita tak dapat makan, anak cucu dapat nikmati hasilnya pun dah ok. Tapi selepas tanam anak pokok durian ini, ia tak boleh dibiarkan saja. Kena ada cara penjagaan betul barulah dapat hidup subur dan kita dapat makan buah durian yang kita tanam.
Jika di rumah ada menanam anak pokok durian, boleh ikut penjagaan ini ya. Tip yang dikongsi oleh pembekal anak pokok Durian Monthong Tani ini boleh dipraktikkan sampailah pokok keluarkan hasil.
Tip jaga anak pokok durian sampailah pokok keluarkan hasil
Tanah
- Bagi anak pokok durian yang baru ditanam adalah digalakkan menggunakan tanah campuran atau tanah yang lembab bertujuan untuk mengawal suhu pokok dan kelembapan tanah.
- Ada juga yang menggunakan sabut kelapa dan sisa rumput yang kering dan diletakkan di pangkal pokok. Ini juga dapat membantu untuk mengawal kelembapan tanah. Apabila cuaca terlalu panas, kemungkinan anak pokok durian menjadi layu dan mati.
Siraman
- Siram perlu 2 kali sehari, penyiraman pada awal pagi dan petang.
- Jika anak pokok durian ditanam jauh daripada rumah kita, boleh menggunakan botol yang berisi air dan tebuk kecil pada bahagian penutup dan bahagian bawah botol perlu dipotong keliling.
- Seterusnya, botol yang sudah ditebuk dan dipotong tersebut perlu diletakkan disebelah pokok secara terbalik. Apabila hujan turun, air akan bertakung di dalam botol tersebut dan secara tidak langsung air akan disalurkan secara terus pada pokok.
Boleh guna alat ini juga. Klik SINI untuk beli.
Kawalan rumpai atau rumput
- Penggunaan racun rumpai tidak boleh digunakan di kawasan durian yang berumur kurang dari 2 tahun kerana ianya mampu merosakkan akar yang sangat aktif mengambil atau menerima makanan, kecuali jenama tertentu seperti Basta 15.
- Sebaiknya kita menggunakan cangkul untuk mengawal rumpai atau rumput disekeliling pokok dan ini juga memudahkan kerja penyelenggaraan seperti membaja.
Pembajaan pokok durian
- Digalakkan menggunakan baja ORGANIK KOMPOS atau semi-organik dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 pada peringkat awal pertumbuhan kemudian gunakan baja buah NPK 12 12 17 (boleh cari di nurseri) pada peringkat pokok berbuah.
- Untuk anak pokok durian, pembajaan perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah tabur terus di sekeliling atau dikambuskan baja tersebut dengan tanah. Pastikan anda tidak menaburkan baja tersebut di pangkal pokok untuk memudahkan proses pemakanan akar.
- Pokok durian yang sedang mengeluarkan bunga sebaiknya tidak perlu ditaburkan dengan baja kerana ianya boleh mengakibatkan bunga durian menjadi kering dan gugur.
- Baja kimia atau organik? Digalakkan menggunakan baja organik. Ada juga menggunakan tahi ayam yang telah reput untuk memberikan baja tambahan pada pokok supaya dapat menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi dan berkualiti.
INFO:
Pokok durian mempunyai dua musim berbuah iaitu pada bulan Jun hingga Ogos dan musim berikutnya ialah pada bulan November hingga Januari.
Sumber: Durian Monthong Tani
Langkah Basuh & Tanam Uri Untuk Panduan Bakal Bapa

Bagi yang bakal bergelar bapa, selain perlu mengetahui cara penjagaan bayi baru lahir, penjagaan isteri dalam pantang, yang ini juga penting.
Kerana sebelum semua itu dilalui bakal bapa terlebih dahulu kena tahu cara menguruskan uri sebelum ditanam. Perkongsian daripada bapa 5 anak ini Azlannor Fadzilah boleh dijadikan panduan.
Dah tanam 5 uri sebelum ini
Alhamdulillah, selesai sudah membasuh dan menanam uri baby baru pagi ini. Setakat ini saya telah menguruskan sendiri ke semua lima uri untuk kelahiran anak-anak saya.
Uri perlu diuruskan dengan sehabis baik kerana ia adalah sebahagian dari organ manusia. Jadi di sini saya kongsikan cara bagaimana saya menguruskan uri selama ini.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.
1. Ada tiga perkara utama yang diperlukan di sini;
- Uri
- Garam
- Asam Jawa
2. Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.
3. Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.
4. Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air keatas uri tersebut.
5. Untuk lebih mudah masukkan uri didalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.
6. Ambil sedikit garam dan asam jawa.
7. Letakkan garam dan asam jawa pada uri.
8. Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.
9. Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.
10. Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.

12. Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.


18. Timbus tanah dan pijak sehingga rata.
