Hilang Deria Rasa & Bau, Lelaki Ini Kongsi 4 Lagi Info Penting Gejala Awal Positif Covid-19

Share

Nampaknya gelombang ketiga wabak pandemik Covid-19 sedang melanda negara.

Dan hari ini kes menunjukkan peningkatan berbanding semalam. Keadaan ini menyebabkan kebimbangan orang ramai dengan penularan wabak ini.

Sumber: KKM

Apa sebenarnya gejala dan simptom yang mungkin menyebabkan kita dijangkiti virus menakutkan ini.

Melalui perkongsian Abdul Fatah Abu Hanapiah memberitahu simptom awal yang dilaluinya sebelum disahkan positif dan boleh kita jadikan info berdepan gejala ini.

Menurutnya dia telah dikesan positif dan kini (ketika artikel ditulis) ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Hospital Sg Buloh setelah mengalami beberapa simptom dan bergejala awal.

Gambar dari sumber Google.

Antara Simptom Dialami Sebelum Sah Positif Covid-19

1. Mengalami demam panas dan batuk

Hari kedua jadi kontak rapat dengan kawan yang positif (waktu itu temannya tidak tahu yang dirinya positif), mula dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam.

Berbanding hari lain yang senang untuk terlelap. Walau bagaimanapun pada keesokan hari dan lusanya demám sudah tiada.

2) Selesema dan sakit kepala

Kedua-dua simptom ini datang sekali dengan demam. Dianggap seperti pakej.

Gambar sekadar hiasan.

3. Sakit sendi dan rasa penat

Sakit segala sendi ialah sakit yang paling orang tidak mahu kerana boleh membuatkan kita terasa mahu pulas segala bahagian sendi di badan.

Orang yang pernah alami demam denggi pasti faham bagaimana kesakitannya. Keadaan ini menyebabkan kita tidak boleh tidur selagi badan tidak disapu minyak panas.

4. Hilang deria bau dan rasa

Ini paling simptom paling ‘power’. Virus korona boleh menyebabkan hilang dua deria ini. Jadi seseorang tidak ada bau dan tidak boleh rasa apa-apa. Hidung tidak tersumbat tetapi tak boleh bau apa-apa.

5. Rabun seketika

Mengalami masalah mata berselaput seperti baru bangun tidur. Walaupun sudah mandi dan gosok mata sampai berair, pandangan tetap rasa kabur-kabur. Pada mulanya beranggapan ada tahi mata, rupanya ini salah satu gejala awal koronavirus.

Nota Penting:

1. Gejala ini akan dialami adalah pada hari pertama dan sehari selepas dikategorikan sebagai contact rapat kepada kawan yang positif.

2. Terus segera buat pergi buat swab test di klinik kesihatan berdekatan dan tunggu keputusan.

3. Kemudian setelah tahu keputusan positif, mereka akan hantar keputusan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat.

Gambar dari sumber Google.

3. PKD yang akan ambil tindakan seterusnya. Kalau negatif, mereka akan beritahu juga. Ada yang suruh kita sendiri telefon tanya status.

4. Apabila positif dan PKD telefon, mereka akan temu ramah, ambil maklumat lengkap sebelum hantar ambulans untuk ambil di rumah.

5. Untuk memudahkan, tulis semua maklumat lengkap dalam nota telefon. Kalau ditanya sekali lagi, akan terus beri jawapan sama.

Pesanan:

1. Virus korona melemahkan antibodi pesakit. Kekalutan orang sekeliling kerana tak cukup faham dengan situasi dan tidak tahu cara berinteaksi, membunuh mental pesakit.

2. Jadi, jangan jadi pembunuh mental. Sebaliknya membantulah. Daripada sibuk hantar gambar dan berita yang tak tahu sahih tak sahih, eloklah tanya keluarga yang ada ahlinya yang positif itu, apa yang kamu perlukan yang boleh tolong dan usahakan.

Barulah betul, kita jaga kita, Tuan Puan.

Fatah,

PKKN, Hospital Sungai Buloh.

Artikel berkait:

Risau Kena Covid-19, Doktor Ini Ajar Buat Check Up Sendiri

Cara Betul Pakai Topeng Muka Elak Virus

Published by
Siti Zurina Mat Saman